Sunday, April 26, 2009

Fajar Malaysia


telah lama ku memendam rasa
dalam taman kerinduan jiwa
ingin melihat fajar bercahaya
dibumi yang ku cinta
setelah mana
jauh langkah musafirku
ditanah ini mengutip mutiara ilmu

detik yang berlalu kini
bagai keperitan yang menyeksa diri
dalam menanti suatu hari
nan boleh mengubati
erti kesakitan ini

walau begitu
tiada daya untukku
mengubah jalanan waktu
hanya pasrah pada takdir yang menentu
bersama kesabaran dikalbu
biarpun sering diburu jemu

padaNYA
yang sebenar memahami derita
ku tulis suara
pada setiap rangkap doa
moga impian menjadi nyata

Read more...

Thursday, April 23, 2009

Resah Imtihan

Sekali ku mendongak
ke wajah langit
putih membiru mendamai jiwa
kilauan sang mentari bertambah serinya
sepoi angin menyapa muka
kosong terasa beredar resah duka
tanpa dirisik cemburu rasa



Esok yang tiba

seakan mahu mencuba
kembali keresahan hilang seketika cuma
pasti jari menghitung semula
sisa-sisa waktu yang ada
dikala saat imtihan kian bermula

Ku meredah keresahan ini
sedaya kekuatan yang diberi
dalam mengumpul persiapan diri
dihujungnya kusebut nama ilahi
agar hasrat kejayaan menanti



-----------------------------------------
SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN
BUAT SAHABAT WARGA AL-AZHAR
-----------------------------------------

Read more...

Sunday, April 19, 2009

Inilah Duniaku

Dari fajar yang mula terbit
penglihatanku meluas pada semesta
ada kala waktunya
renunganku mencari destinasi tersembunyi
disebalik apa yang kulihat
untuk menggapai ketenangan
buat hati kadang dilanda suram

Di situ
alam khayalan tercipta
bersama warna keindahan
pada kehidupan yang bakal kulalui
dengan bisikan pengharapan
agar ianya menjadi realiti
suatu hari nanti..

Di situ jua
saat ketikanya
menyapa memori yang berlalu
hingga perasaan menjadi sayu
dinoktah nostalgia luka
kadang berselang senyuman hambar
bila terhenti lamunan
dihalaman keriangan semalam..

Dengan pandangan
kusasar penglihatan
mengikuti rentak perjalanan
setiap insan yang melewati
kusimpul dalam diari hati
perlukah aku menjejaki..

Dengan pendengaran
ku menyambut irama
menyentuh jiwa bernaluri
kerana padanya
membawa aku rebah dari berdiri
bila nyata diriku sebenarnya begitu..

Bersambut syukur
atas kurniaan yang begini
disebalik pandangan yang kulihat
disebalik pendengaran yang kutangkap
ku dapat memahami erti jalanan ini..
Dan inilah duniaku

Read more...

Friday, April 17, 2009

Tadahan Doa

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Andai Ditanya

andai ditanya pada masa
dialah paling setia
kerana tiada menghirau rasa
apa kehendak selain daripadanya

andai ditanya pada ikatan
pasti malam meluah perasaan
terhadap mentari siang
yang tak pernah bercakaran

andai ditanya pada memori
berceritalah kenangan yang dilalui
manis semalam ingin dikongsi
kadang sejarah hitam menghantui

andai ditanya pada harapan
lalu bersuara hasrat yang berpanjangan
dalam meredah waktu mendatang
agar tak berkunjung kehampaan

andai ditanya pada diri ini
apa yang terbuku disudut hati
pena akan melakar puisi
mewakili suara tersimpan dinaluri
dengan irama yang begini..

andai persahabatan terbina antara kita
semaikan kesetiaan seperti masa
tuluskan kasih umpama malam siang yang bersama
di sana memori akan tercipta
berlagu harapan tiada hati berduka
serta abadi ikatan buat selamanya..

Read more...

Thursday, April 9, 2009

Santapan Ketenangan

Suatu perjalanan
dalam mengintai ketenangan
bagi menghilang kesempitan
yang singgah diperasaan..
Akhir kesudahan
segalanya
kutemui di sini..


( 7-9 April 09 Alex,Egypt )
-Maktabah terbesar di Benua Afrika
-Kubu Solahuddin Al Ayubi
-Maqam Ahli Bait Junjungan dan ulamak
-Akuarium









Read more...

Saturday, April 4, 2009

Bila Rindu Semakin Membara

Malam yang sepi
mata pula tiada layu dilena
fikiran mula menyusuri memori
lalu berlagu usikan rindu dihati

Andai diterjemah dalam kamus hidupku
waktu kini yang kulalui
terasa lama daku dibumi ini
ntah mengapa akhir-akhir hari
jiwaku begitu membara merindui
halaman yang pernah kuberlari
dalam waktu yang berlalu pergi

Dalam kerinduan
kujejaki nostalgia semalam
ternyata hati terasa riang
hilang duka kesepian
hendaknya diri ini kembali pulang
mencipta semula kenangan
namun
tak mungkin suatu kepastian
tetap ianya hadir menghiasi
hanya di alam fikiran

Dalam kerinduan
ku cuba melakar tulisan harapan
untuk langkah yang datang
moga apa yang kurasai
hari ini
tak berulang menanti

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.