Friday, May 29, 2009

Ia Temanku

kala mengembara sepi
dilorong hidup ini
ia muncul membelai naluri
menjauh kesunyian diri
dari menyentuh hati
beredarlah hilang pergi

tika meresah jiwa
pada kemungkinan yang tiba
ia datang bersama
berkongsi kata
hingga tak kusedari
merajuk kegelisahan
tiada berpaling lagi

bila mencalar kepiluan
tenggelam bicara dalam esakan
membukam suram kesedihan
ia hadir mendengar luahan
mengusap perasaan
kehujung kesudahan
terlena daku dalam pelukan
membiar terus kedukaan
beransur karam
dilautan mimpi keindahan

jika kemarahan membara
hangat dendam menyala
ia melawat kunjungan sapa
memujuk usah berlaku
andaian yang tak diduga
akhir mengalah reda
kembali tenteram sedia kala

segala apa yang berlabuh
dipersinggahan hati ini
tiada berkeluhan jemu
lahir dari ia
setia menjenguk daku
memapah diri berjalan
tanpa dihantui
bercakaran perasaan





Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Jika Ku Ingin

Pada laluan kini
memencil bersendiri
bukan bererti daku lari
untuk terus mencari
jua tak bersalut benci
setiap teman yang sudi
namun
sekadar diam menyepi
bagi mengaut tenang dihati
mengenali diri
sebelum melayari
bahtera ikatan sejati

Jika bersuara impian
dalam milik yang berpanjangan
tak menoleh pada kekurangan
dan lengkap kesempurnaan
biarlah
telus menjiwai perasaan
ikhlas bersandaran
dalam rumpun kejujuran
menyemai kesuburan
erti sebuah perhubungan

Bila menoreh luka
menusuk dijiwa
tiada bermahuan dusta
dalam baris kata
tiada sakit terasa
biarlah
bersambutan mesra
pada kalimah nyata
kemaafan saling meminta

Sebegini yang kudamba
baru ternilai apa yang dirasa
mungkin tak berkunjung senja
pada hasrat ikatan terbina






Read more...

Sunday, May 24, 2009

Sendirian

Sendirian dalam waktu
bersama sunyi menjadi tamu
tiada kata hanya membisu
pada saat datang berlalu
kian hari membarah sendu
dalam jiwa rasa bercelaru
bagai hidup tiada menentu ..

Sendirian dalam lamunan
melihat diri sedemikian
hasrat mencuba dalam kesamaran
mengintai sinar ketenangan
bagi menyuluh dijalanan
agar tiada terpijak duri kedukaan ..

Sendirian dalam pencarian
merungkai persoalan
meniti jawapan
untuk melerai segala kekusutan
hanya satu penyelesaian
dalam genggaman
dihujung kerahan
kerana disitu ada kebaikan
buat diriku sebaiknya bersendirian ..

Read more...

Saturday, May 16, 2009

Buatmu Guru

Umpama mentari
menerangi waktu siang
bagai rembulan
bercahaya dalam gelita malam
terus bersinaran
untuk kehidupan alam
melangkah kehadapan

Ku bariskan kiasan
buat seorang insan
yang pernah berkunjungan
membawa pengetahuan
dalam sirah jalanan
pada diri yang kekaburan
menilai erti titian

Mengenalinya
membuka mataku
pada dunia nyata
hingga daku berjaya
mendaki seperti tiap manusia
yang mengimpi bahagia
dalam detik-detik masa

Bertasbih syukur padaNYA
atas kurniaan berharga
menemukan aku dengan si dia
yang tak ternilai jasanya
untuk ku balas semua
namun ..
hanya ku meluah kata
agar dia kekal sentiasa
dalam rahmat merasa
keamanan sentosa.



=======================
SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA PENDIDIKKU
=======================

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Mendung Kelabu

Dahulu

sering kita bersama
dalam tawa bercerita
bila duka menumpang rasa
terlepas dipandangan mata
sunyi melamar jiwa
mungkin tanda kasih tercipta
antara kita
yang kelu untuk berkata
kala bersua bicara

Kini
sendiri rindu berteman
pada memori silam
dalam waktu berpanjangan
enggan hilang
dari mimpi ingatan

Ku mencari jawapan
disebalik kesuraman
pengertian sebuah ikatan
yang terlerai tak berungkapan
akhir kebuntuan
pasrah difikiran


Andaiku bersangka
mendung pada kasih yang terbina
bukan salah menghalang kita
tidak pula cemburu kecewa
tapi kemungkinan yang ada
hala tuju berbeza
mengarak mendung kelabu tiba

Read more...

Monday, May 4, 2009

Tempat Ku Mengadu

Ya Allah ..
sesungguhnya gusar kebimbangan
gelisah berkeluhan
pada imtihan yang mendatang
tak dapat lagi ku bendung
dari bertamu diperasaan

Ya Allah ..
engkau fitrah insani
mengatur segala isi hati
mengetahui apa tersembunyi
campakkan ketenangan
pada jiwa yang meronta ini
lontarkan kekuatan pada diri
agar tiada hanyut daku
dibawa arus kemalasan
jua kealpaan

Ya Allah ..
tempatku membisik harapan
permudahkan segala urusanku
dengan kesabaran
bersama sahabat seperjuangan
di pentas ujian
dan sertakan kami
dikalangan mereka
yang meraih kejayaan

Read more...

Friday, May 1, 2009

Rajuk Ketenangan

Entah keberapa kali
rajuk ketenangan hati ini
berlalu hilang pergi
membiar jiwa bersendiri
dalam lesu tak berkesudahan
hingga pudar kelayuan
benih kekuatan
yang tak pernah lekang
untuk kusemaikan
pada laman perasaan ..

Mengapa begini
barah yang dihadapi
membuat daku sering meraba
dalam langkah yang tak menentu
mencari suatu yang mampu
membisu keluhan ini ..

Kubiarkan begitu
terus berlalu
buat seketika waktu
mungkin dengannya
dapat memujuk semula
ketenangan yang pergi
kembali kepangkuan naluri ..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.