Friday, June 26, 2009

Dilema

samar pada perasaan
kabur dijalanan
keliru dalam tindakan
berakhir kebuntuan
dalam meraba kepastian
yang tiada daya kugenggam
hingga longlai kebisuan
dalam arus dilema berpanjangan

kubiar berlalu
dibawa arus begitu
kerana apa yang aku tahu
ia tetap pergi
dan sesuatu yang menanti
ku harap langkah kini
tak berduka dikemudian hari

diri yang begini
ku memapah berjalan
menyusuri terus kehadapan
dalam meniti detik berkunjungan
tanpa menghirau kepenatan
yang bercengkaman
cukuplah kesabaran
sahaja yang mengulik jiwa ini
merentasi duri sebegini

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

Kaburnya Suatu Impian

disudut jendela hati
ku bersuara dalam perasaan
pada hasrat impian
yang telah kucipta
sebelum ini
seakan kabur laluannya
setelah langkah
berselerak tiada susunan
dengan apa yang kuaturkan

tiada daya
hanya berpasrah kini
disaat yang hadir
ku tulis harapan
dihujung tadahan doa
pada tuhan yang esa
berserah segala
padanya
tanpa jemu rasa
impian yang kabur
moga jelas diakhirnya

Read more...

Saturday, June 6, 2009

Syahadah Tak Terungkap

ku dengar tangisan
bersendu esakan
meratap kesedihan
namun
gelap pandangan
tiada dapat memandang
wajah yang berteriakan..



ku dengar irama wahyu
gema bersyahdu sayu
mengelilingi daku
namun
tak memahami
disebalik erti ini
ingin ketahui
mengapa begini
tapi lemah membius diri..

ku dengar syahadah berbisikan
dalam berombak nafas kencang
kadang tenggelam
dalam kekalutan
namun
kelu perkataan
untuk menuruti ungkapan
yang kabur dipendengaran..

ku bertarung dalam kesempitan
mencari dalam kesamaran
dan ternyata difikiran
bahawa ku diambang menyahut panggilan
namun
tiada lagi kesempatan
untuk meraih keampunan tuhan
hanya terdetik kekesalan
dalam syahadah yang tiada berungkapan
diawal pertemuan
pengabadian alam
kesan kealpaan silam
pada kehidupan semalam..

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Wahyu Bertaranum

Tersentuh hati kesayuan
dek nyanyian wahyu
bertaranum dipendengaran
setelah lama dibuai kealpaan
dalam dunia kepalsuan
tanpa hala tujuan
hanya tercemar debuan noda
kian menjarak pandangan tuhan
dari berdampingan


Saat ketika begitu
bersalah kesal datang melulu
menghukum diri
kerana sirah yang lalu
lantas berdegusan maghfirah
dengan mata berkaca linangan
mengenang leka semalam
tercipta diluar kesedaran

Oh tuhan ..
kala masih tersentak lamunan
bila wahyu bertaranum
menghitung tasbih kesyukuran
dijiwa ini
terhadap kasihmu
yang setia menyayangi
insan sepertiku

Read more...

Monday, June 1, 2009

Awan Biru


seindah awan biru
memayungi bumi
yang menyusur lalu
tika beredar mendung kelabu
yang menitis gerimis pilu
menjernih keruhan dikalbu
pada calar sembilu ..

secantik warna pelangi
yang lebar melingkungi
dikaki awan biru
mecuit ketenangan sanubari
dalam kebahagiaan menanti ..

setenang bercahaya awan biru
bersama sepoi angin menderu
terasa kelapangan berseru
bertahta mentadbir selalu
bagai tak kembali lagi berpusu
suram yang menimpa betalu ..

segirang tarian burung
mencorak persembahan rasa
didada awan biru
menarik keluar gelombang haru
yang terpendam dahulu ..

padamu
awanan biru
ku memuji terharu
datang memberi semangat baru
pada jiwa terluka seribu ..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.