Thursday, October 8, 2009

Lambaian Wida`


[ bagaikan wajah langit .::. bertukar warna ]
dengan sang mentari .::. menyinari bercahaya
pada ufuk jingga
damai memandang .::. putih kebiruan
menyata ketenangan .::. sesekali menjenguk kelam
kala berlalu .::. mendung kelabu
ada waktu melepas renyai hujan
bersama guruh bertempikan .::. petir bersambaran
saat keredaan .::. segar dirasai
bertemu lingkungan pelangi .::. yang menghiasi
suram senja
melamar dipenjuru siang .::. menanti dijendela kegelapan
bersama sudi rembulan .::. berteman kerlipan bintang
meredah gelita malam .::. sementara menyusur datang
embun pagi kedinginan

ku selami
suatu nota perjalanan .::. dalam episod pertemuan
yang mengajar karangan perasaan .::. melayari bahtera persahabatan
dilautan kehidupan

pada simpulan .::. yang tak berungkapan
terjalin antara kita .::. naluri kasih beteman
mengharungi suka duka bersilihan .::. dalam bertukar rasa
hingga matang bertitah kata .::. pada lakaran warna
kehidupan maya

dipertemuan ini
segalanya kuhargai .::. kerana di sini
bermula tulisan diari .::. yang tercatat seribu memori
dalam langkah ku berlari .::. mengejar mimpi
sehingga ku kucapi
dalam laluan yang berduri

lambaian wida`
dipenghujung ikatan liqa`
bukan kesudahan pada jalinan ini .::. tetapi tanda menguji
kasih yang berjanji dihati .::. untuk kembali mencari
dalam menjejaki .::. dikemudian hari

di situ
kita akan temui .::. sebenar tulus suci
satu perhubungan naluri
[ yang dinanti ]

Read more...

Monday, October 5, 2009

Erti Persahabatan


[ pada musim lalu ]
aku bertanya .:::. kemana hilangnya
keakraban kita bersama .:::. yang dahulu
sering berkongsi tawa .:::. dan merasai duka
dirumpun persahabatan setia

saat kini
yang kupendam .:::. manisnya semalam
debunga kasih silam .:::. nan tersemai diperasaan
semakin tipis haruman .:::. tiada segar wangian
menyapa dilorong kehidupan .:::. seakan tiada mekar lagi
untuk kuhidu kembali .:::. hanya kerana cara sendiri
berbeza ditelunjuk naluri

terkilan kecewa .:::. pedih terasa
tika menoleh semula .:::. erti persahabatan
yang dulu sama digenggam
dan waktu ini
bagaikan terlerai simpulan .:::. tanpa berharapan
ia hadir pulang .:::. menghubung ikatan

jiwa yang begini .:::. kusandar dihati
membiar diri .:::. sendiri memahami
walau teman tak mengerti .:::. namun tak ku peduli
cukuplah daku
sahaja yang mengharungi .:::. rasa derita ini
biarpun tak dihargai .:::. dan tak diambil erti
nilai ukhwah yang terpatri

bagiku
tetap ku simpan .:::. rasa terpendam
disangkar perasaan .:::. kerana ia kenangan
yang tak mampu dilupakan
[ selagi hayat dikandung badan .:::. dalam usia ditelan zaman ]


.:: BUAT TATAPAN ::.
zemi - muih - syaril - arih gemok - aih - cik pok - arih pale - apih

Read more...

Sunday, October 4, 2009

Kehidupan

Semakin ku berderapan
menyusuri kehidupan ini
semakin bercambah lintasan
sketsa peristiwa silam
dipermukaan ingatan
hingga diri dipelayaran
dalam lautan khayalan
seolah jiwa masih berada
diwaktu kenangan
mula tercipta ..

Ku melihat semalam
dengan keindahan
biar tika itu pahit ditelan
dan kini terasa kemanisan
namun
adakala kesayuan
menyentuh diperasaan
pada watak semalam
yang tak mungkin
bersua kembali dipertemuan
untuk berkongsi lamunan
kerana terhalang
suatu perpisahan
diluar kemampuan
nan tertulis disuratan ..

Ku galas kepasrahan
membawa sebuah pergertian
terhadap suatu perjalanan
ada permulaan
pasti berakhir kesudahan
dicelahannya terlukis kenangan
sekadar kesempurnaan
dalam mewarnai kehidupan
sementara menanti panggilan
menoktah nafas berhembusan ..

Read more...

Saturday, October 3, 2009

Aku Akan Menunggu

aku tertanya
siapa yang bersuara
dalam kesamaran meraba
sering kunjung tiba
hanya seketika cuma
diperbatasan waktu masa
tanpa sebenar nama
masih berahsia
setelah sekian lama ..

hingga kini
aku menanti
suatu jawapan yang pasti
merungkai persoalan dihati
namun
entah bila
ianya menjadi nyata
hanya terserah padanya ..

aku biarkan berlalu
dalam jiwa keliru
andai ianya terus membisu
tetap aku menyeru
suatu hasrat yang kelabu
biarpun dimamah waktu
aku akan menunggu ..

Read more...

Friday, October 2, 2009

Kenangan Haflatul Wada`





Read more...

Thursday, October 1, 2009

Entah Bila Lagi

Berjalan kini
diperantauan bumi ini
ditampal khazanah memori
para nabi juga wali
serta hamba mengingkari
pasti menggamit rindu yang menanti
bila terbang pulang kembali
berpijak dihalaman sendiri ..

Tak mungkin melupai
dan terbiar sepi
kenangan yang terhimpun
dalam musafir ilmu
buat jiwa ini
disepanjang nafas masih sudi
memberi khidmat
untuk jasad bernadi ..

Akan ku pasti
lukisan sejarah yang dilalui
tersangkut menghiasi
kamar hati
dalam melayari
kerinduan yang datang
tika terkenang ..

Entah bila lagi ..
ada ruang waktu
bagi diri
datang kembali menjejaki
melihat langit di sini
serta melangkah kaki
ditanah ini ..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.