Thursday, December 31, 2009

Biar Rindu

andai jauh berada
menjarak pandangan mata
tanpa kedengaran kata
dalam bersoal bicara
dan rindu pun mula berbunga
melamar rasa jiwa
mungkin antara kita
telah berputik kasih setia
diperdu persahabatan yang tercipta


jika diselami rindu yang bertamu
pasti memburu kenangan lalu
tiap saat dan waktu
nan terlukis bersamamu
meniti disegenap lamunanku
tika sendiri dalam jemu
tanpa haluan untuk dituju

biarpun berbatu memisahkan
sepi lafaz perkataan
meluah pengkhabaran
cukuplah wangian kerinduan
tersembunyi dilipatan perasaan
menjadi bukti persahabatan
dalam harapan berpanjangan
abadi tiada diperhentian
menjejaki perjalanan

Read more...

Thursday, December 24, 2009

Alumni Aspura Ladang






Read more...

Saturday, December 19, 2009

Biarkan Aku Menangis

betapa menggunungnya noda
telah ku tempa
betapa merimbunnya dosa
sudah ku laku
sampai bila untukku terus begini
hidup dalam tempias murka


tuhan ..
saat kau beri keinsafan
tika kau tiup kesedaran
kala kau tunjuk jalan
ke dalam jiwa hitam
suntikkan kekuatan
bisikkan taubat laungan
biarkan aku bertangisan
dalam sendu tak berkesudahan
hingga tiada lagi titisan
untukku alirkan
dalam merasa kepuasan
bahawa aku dipangkuan
keampunan

biarkan aku menangis
agar terasa salahku terhadapmu
biar hilang karat lalu
moga hampirku denganmu

biarkan aku menangis
agar kembali ku mengingatimu
biar luput hanyir alpaku
moga dapatku menggapai cintamu

biarkan aku menangis
agar aku tahu tiada lagi waktu
yang dapat ku tangis sendu
andai masih lagi begitu
tanpa cahaya darimu

biarkan aku menangis
agar dapat menghayati hidup ini
bahawa tiada abadi
semua yang ada di sini
tetap akan pergi
dan aku yang mengekori nanti
mampu melafaz syahadah janji
disaat pertemuan dengan rabbi
moga tangisan hari ini
magfirah ilahi
dapat aku kecapi
sebelum pergi dari persinggahan ini

Read more...

Monday, December 7, 2009

Pasti Jemu

selepas ini
pasti terasa jemu
bila kau tiada lagi
untuk berkongsi suara
dan bersua kata
dalam pertemuan malam berbicara


suasana malam menjadi suram
andai ku bersendiri
tanpa adanya waktu
berteman denganmu
dan ke mana harus dituju
bagi mengusir jemu
yang bakal menyusur tamu

apa daya kuasa
yang aku miliki
hanya pasrah diredhai
dibiar melingkari hati
hala tujumu di situ
dengan doa kuseru
moga tercapai impianmu
serta langkah permulaan hidupmu
dalam mengecapi bahagia yang dicari

ku semat keyakinan
tiada pudar ikatan persahabatan
walau berjauhan
tanpa sesekali pertemuan malam
namun
jemu yang bertandang pasti
akan aku ubati
biarpun bersendiri

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Hanya Kerana Janji

hanya kerana janji ..
aku berfikir sendiri
meneliti sebenar erti
apa yang diungkapi
perlukah aku sembunyi
atau bertemu pergi

kerap kumeluah buntu
antara tidak atau perlu
dalam persoalan kalbu
yang terpendam terbuku

hanya kerana janji ..
akhir ku memberani
melangkah diri
membawa bekal rasa dihati
bersama risik bauan cinta
yang samar mencari pasti
untuk santapan hiasan
jalanan hidupku

hanya kerana janji ..
membuat aku takut memungkiri
hanya kerana janji ..
membuat hati terbuka kini
hanya kerana janji ..
ku mencari kembali
hanya kerana janji ..
datang cinta yang telah lama pergi

Read more...

Tuesday, December 1, 2009

Tanyaku Padamu

tanyaku padamu ..
ke mana tumpahan rasa
yang meresap ke setiap
jiwa jiwa sepertimu ..

dari gerak atau fikrah
dari waktu atau rencah ?

tanyaku lagi padamu
sedalam mana kiasan mu
yang menari nari di situ
memintal jadi madah
atau
menyimpan tak tertadah ..

dari aku yang tahu
jiwa jiwa sepertimu ..



- nazrie -

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.