Saturday, February 7, 2009

Detik Terkenang

Hari ini
ku masih merasai nikmat kehidupan
seperti semalam
dalam kesihatan serta kekuatan
untuk menerus sisa langkah hayatku
yang entah bila tiada pasti
berakhir sebuah musafir
perjalanan ini.

Waktu bersilihan
musim bergantian
anugerah berpanjangan
bila terkenang ada masa ku kealpaan
dek kerana dunia mempersonakan
lalu alunan kesyukuran
tak bersuara pada lisan.

Tika begitu
rintihan jiwa mula berirama sendu
tasbih keampunan berlagu
menghisab diri nan kealpaan selalu
hingga terbit perasaan malu
pada tuhan tempat ku mengadu.

Ku tabah dalam berbicara
tanpa jemu meluahkan doa
semampu yang ada
sebagaimana semalam terhimpun alpa
begitu jualah ku terus mencuba
biar menghilang rasa luka
pada Allah yang Esa
moga disisiNYa
ku dapat menggapai erti bahagia.

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.