Tuesday, June 2, 2009

Wahyu Bertaranum

Tersentuh hati kesayuan
dek nyanyian wahyu
bertaranum dipendengaran
setelah lama dibuai kealpaan
dalam dunia kepalsuan
tanpa hala tujuan
hanya tercemar debuan noda
kian menjarak pandangan tuhan
dari berdampingan


Saat ketika begitu
bersalah kesal datang melulu
menghukum diri
kerana sirah yang lalu
lantas berdegusan maghfirah
dengan mata berkaca linangan
mengenang leka semalam
tercipta diluar kesedaran

Oh tuhan ..
kala masih tersentak lamunan
bila wahyu bertaranum
menghitung tasbih kesyukuran
dijiwa ini
terhadap kasihmu
yang setia menyayangi
insan sepertiku

1 comments:

jasjamal June 2, 2009 at 5:44 PM  

bersyukur kehadrat Tuhan
hati tersentuh kesayuan
disaat terdengarkan
taranum yg indah dibacakan

bayangkan hati yg masih kealpaan
dengan arus zaman
tercemar dek debuan
yg semakin menjarakkan
dirinya dan Tuhan

tika hati mereka tersentak kesedaran
adakah masih berkesempatan
bersujud memohon keampunan
pada Tuhan?

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.