Monday, October 5, 2009

Erti Persahabatan


[ pada musim lalu ]
aku bertanya .:::. kemana hilangnya
keakraban kita bersama .:::. yang dahulu
sering berkongsi tawa .:::. dan merasai duka
dirumpun persahabatan setia

saat kini
yang kupendam .:::. manisnya semalam
debunga kasih silam .:::. nan tersemai diperasaan
semakin tipis haruman .:::. tiada segar wangian
menyapa dilorong kehidupan .:::. seakan tiada mekar lagi
untuk kuhidu kembali .:::. hanya kerana cara sendiri
berbeza ditelunjuk naluri

terkilan kecewa .:::. pedih terasa
tika menoleh semula .:::. erti persahabatan
yang dulu sama digenggam
dan waktu ini
bagaikan terlerai simpulan .:::. tanpa berharapan
ia hadir pulang .:::. menghubung ikatan

jiwa yang begini .:::. kusandar dihati
membiar diri .:::. sendiri memahami
walau teman tak mengerti .:::. namun tak ku peduli
cukuplah daku
sahaja yang mengharungi .:::. rasa derita ini
biarpun tak dihargai .:::. dan tak diambil erti
nilai ukhwah yang terpatri

bagiku
tetap ku simpan .:::. rasa terpendam
disangkar perasaan .:::. kerana ia kenangan
yang tak mampu dilupakan
[ selagi hayat dikandung badan .:::. dalam usia ditelan zaman ]


.:: BUAT TATAPAN ::.
zemi - muih - syaril - arih gemok - aih - cik pok - arih pale - apih

3 comments:

Frodo Baggins October 5, 2009 at 3:18 PM  

mmmmm ...


dalam jer nukilan rasa ni
cari lah mereka kembali
kalau x mulakan langkah sekarang ...
semalam akan jadik sejarah purba ...
masih belum terlewat agaknya ...



((hohohohohom aku sebokk mende))


xoxoxoxoxo

Maiyah October 5, 2009 at 4:09 PM  

salam dik.. mmg sunyikan tanpa kawan apalagi dah lost contact ngan kawan lama, harap satu hari nanti adik akan ketemu

.:: Fiqhi ::. October 5, 2009 at 5:30 PM  

to hobbit frodo : dalam mmg dalam,tp bukan untuk dicari tp mereka yg lari dari untuk memahami...

to maiyah : wslm..betul kakak tuh..tp ni sy buat khas buat kawan sy..sy cuma menumpang cerita dia je dalam nukilan nih...huhu

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.