Wednesday, April 15, 2009

Andai Ditanya

andai ditanya pada masa
dialah paling setia
kerana tiada menghirau rasa
apa kehendak selain daripadanya

andai ditanya pada ikatan
pasti malam meluah perasaan
terhadap mentari siang
yang tak pernah bercakaran

andai ditanya pada memori
berceritalah kenangan yang dilalui
manis semalam ingin dikongsi
kadang sejarah hitam menghantui

andai ditanya pada harapan
lalu bersuara hasrat yang berpanjangan
dalam meredah waktu mendatang
agar tak berkunjung kehampaan

andai ditanya pada diri ini
apa yang terbuku disudut hati
pena akan melakar puisi
mewakili suara tersimpan dinaluri
dengan irama yang begini..

andai persahabatan terbina antara kita
semaikan kesetiaan seperti masa
tuluskan kasih umpama malam siang yang bersama
di sana memori akan tercipta
berlagu harapan tiada hati berduka
serta abadi ikatan buat selamanya..

2 comments:

rOhock April 17, 2009 at 1:56 PM  

ya,gua sokong kate pujangga lu ni....haha

rahsiawaza April 22, 2009 at 3:08 PM  

benarlah kate org..penyajak bkn mncipta sesuatu y baru tapi sekadar menemukan serta menghayati kewujudan rahmat tuhan.

waza

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.