Saturday, April 4, 2009

Bila Rindu Semakin Membara

Malam yang sepi
mata pula tiada layu dilena
fikiran mula menyusuri memori
lalu berlagu usikan rindu dihati

Andai diterjemah dalam kamus hidupku
waktu kini yang kulalui
terasa lama daku dibumi ini
ntah mengapa akhir-akhir hari
jiwaku begitu membara merindui
halaman yang pernah kuberlari
dalam waktu yang berlalu pergi

Dalam kerinduan
kujejaki nostalgia semalam
ternyata hati terasa riang
hilang duka kesepian
hendaknya diri ini kembali pulang
mencipta semula kenangan
namun
tak mungkin suatu kepastian
tetap ianya hadir menghiasi
hanya di alam fikiran

Dalam kerinduan
ku cuba melakar tulisan harapan
untuk langkah yang datang
moga apa yang kurasai
hari ini
tak berulang menanti

2 comments:

insani81 May 19, 2009 at 9:31 AM  

huhu..nice..seriously..qila pon penah wat sajak cmnie..tp bkn sbb kg hlmn..act qila rse qila nye sajak..bese2 je..xlayak dipanggil sajak pon..hehe..nyway..ur is da best n nice to be recite..

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.