Thursday, April 23, 2009

Resah Imtihan

Sekali ku mendongak
ke wajah langit
putih membiru mendamai jiwa
kilauan sang mentari bertambah serinya
sepoi angin menyapa muka
kosong terasa beredar resah duka
tanpa dirisik cemburu rasa



Esok yang tiba

seakan mahu mencuba
kembali keresahan hilang seketika cuma
pasti jari menghitung semula
sisa-sisa waktu yang ada
dikala saat imtihan kian bermula

Ku meredah keresahan ini
sedaya kekuatan yang diberi
dalam mengumpul persiapan diri
dihujungnya kusebut nama ilahi
agar hasrat kejayaan menanti



-----------------------------------------
SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN
BUAT SAHABAT WARGA AL-AZHAR
-----------------------------------------

3 comments:

LaDy NaS April 24, 2009 at 10:52 AM  

all the best for ur final exam yah! jangan main2..kena focus..focus..focus!

sonata anak kancil April 25, 2009 at 3:00 PM  

semoga cemerlang untuk final exam! Di mana ni?

D'Rimba April 25, 2009 at 8:16 PM  

Semoga dapat manfaatkan ilmu..........

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.