Monday, September 7, 2009

Disebalik Nuzul Quran

Bermula seruan kalimah
dengan ungkapan bacalah
pada tuhan menciptakan
makhluk insan
sekalian alam
jua mengajar manusia
dengan pena tulisan
apa yang tiada dipengetahuan


Turun cahaya dari tuhan
dengan wahyu kebenaran
pada junjungan kerasulan
sebagai permulaan
dalam misi gerakan
menyemai akidah kesucian
daripada gelap kejahilan

Terserlah kemuliaan
agama keagungan
dengan lengkap panduan
terselit antara helaian quran
menyuluh kebahagiaan
hidup berpanjangan
bagi jiwa teguh berpegangan

Ku berzikir pengharapan
moga sejarah penurunan
suatu perlembagaan
mentadbir susunan alam
memberi keinsafan
pada diri yang kerap kelalaian
agar terarah ke jalan
keredhaanmu tuhan ..

1 comments:

maiyah September 7, 2009 at 1:03 AM  

salam.. moga kita tidak lepaskan kesempatan pd hari ni dgn mengharapkan keredaan nya

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.