Sunday, September 27, 2009

Sesuatu Yang Tersembunyi

Apa sebenar tersorok dikalbumu
hingga tiada suara untukku
sering memencil hanya membisu
hambar senyumanmu
tak seindah dahulu
jika semalam kita bertemu
pasti bicaramu
mendahului daku
kata yang terbit darimu
tak serancak waktu lalu
membuat diri menjadi keliru
melihat dikau begitu
apa yang dikau mahu
aku pun tak tahu ..

Ke dalam diri
ku cuba mencari
sesuatu yang tersembunyi
di mana ada salah erti
pada gerak laku diri
sebelum ini
namun tak kutemui
mungkin kabur menghalangi
pada sudut pandangan sendiri
dalam mengenal pasti
kesilapan bagaikan duri
menusuk dihati ..

Padamu
ku bermadah dalam lagu
andai dirimu yang begitu
berpunca dariku
apa yang termampu
hanya maaf kuseru
serta keinginanku
terhadap dirimu
kembali seperti masa lalu ..

2 comments:

Maiyah September 27, 2009 at 12:23 PM  

salam adik.. bunyi mcm kecewa je

.:: Fiqhi ::. September 27, 2009 at 1:21 PM  

wslm..xde apa...sj je...huhu...

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.