Sunday, May 10, 2009

Mendung Kelabu

Dahulu

sering kita bersama
dalam tawa bercerita
bila duka menumpang rasa
terlepas dipandangan mata
sunyi melamar jiwa
mungkin tanda kasih tercipta
antara kita
yang kelu untuk berkata
kala bersua bicara

Kini
sendiri rindu berteman
pada memori silam
dalam waktu berpanjangan
enggan hilang
dari mimpi ingatan

Ku mencari jawapan
disebalik kesuraman
pengertian sebuah ikatan
yang terlerai tak berungkapan
akhir kebuntuan
pasrah difikiran


Andaiku bersangka
mendung pada kasih yang terbina
bukan salah menghalang kita
tidak pula cemburu kecewa
tapi kemungkinan yang ada
hala tuju berbeza
mengarak mendung kelabu tiba

1 comments:

MAN ANA? May 20, 2009 at 5:16 PM  

mengharap cinta sejati..
mendamba kasih Ilahi..
usah diharap pandangan manusia pada kita..
andai masih tercari-cari pandangan Yang Utama.

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.