Saturday, May 16, 2009

Buatmu Guru

Umpama mentari
menerangi waktu siang
bagai rembulan
bercahaya dalam gelita malam
terus bersinaran
untuk kehidupan alam
melangkah kehadapan

Ku bariskan kiasan
buat seorang insan
yang pernah berkunjungan
membawa pengetahuan
dalam sirah jalanan
pada diri yang kekaburan
menilai erti titian

Mengenalinya
membuka mataku
pada dunia nyata
hingga daku berjaya
mendaki seperti tiap manusia
yang mengimpi bahagia
dalam detik-detik masa

Bertasbih syukur padaNYA
atas kurniaan berharga
menemukan aku dengan si dia
yang tak ternilai jasanya
untuk ku balas semua
namun ..
hanya ku meluah kata
agar dia kekal sentiasa
dalam rahmat merasa
keamanan sentosa.



=======================
SELAMAT HARI GURU
BUAT SEMUA PENDIDIKKU
=======================

1 comments:

jasjamal May 24, 2009 at 6:50 PM  

bertemu dngn si dia
mmg suatu yg berharga
tiada seindah kata
yg dapat kugmbarkannya
cuma yg ada secebis doa
smga dia berbahagia

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.