Friday, May 1, 2009

Rajuk Ketenangan

Entah keberapa kali
rajuk ketenangan hati ini
berlalu hilang pergi
membiar jiwa bersendiri
dalam lesu tak berkesudahan
hingga pudar kelayuan
benih kekuatan
yang tak pernah lekang
untuk kusemaikan
pada laman perasaan ..

Mengapa begini
barah yang dihadapi
membuat daku sering meraba
dalam langkah yang tak menentu
mencari suatu yang mampu
membisu keluhan ini ..

Kubiarkan begitu
terus berlalu
buat seketika waktu
mungkin dengannya
dapat memujuk semula
ketenangan yang pergi
kembali kepangkuan naluri ..

1 comments:

-n.a.b.i.l.a- May 1, 2009 at 11:44 AM  

salam...
nice poems..huhu..mmg ske wat poems2 ni ke??

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.