Monday, August 3, 2009

Bila Pena Menari

bila pena mula menari
pada alam kuberintraksi
mencerita isi hati
meluah rahsia diri
bagi melepas rasa terpenjara
jauh disanubari

dengan tarian itu
pada kehidupan
kucuba mencari
untuk memahami
suka duka yang tersembunyi
pada lahirnya
tak tergambar sebenar erti


dihujung tarian pena
kumelakar coretan
pada halaman lembaran
berbahasa jiwa terpendam
sebagai medan lontaran
yang tak mampu bersuara
dalam ungkapan kata

bersama pena yang menari
kegundahan rasa nan bergolak
tenang aman kembali
menyejuk hati
kadang tercipta mimpi
hingga terleka
ianya sekadar dunia khayalan

2 comments:

maiyah August 3, 2009 at 8:23 PM  

best pena ni.. luahan hati ker adik

.:: Fiqhi ::. August 3, 2009 at 9:14 PM  

hurmm..ade la sikit2x...sekadar berbahasa dengan alam sekeliling..hehe..apa pon thnks..

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.