Friday, August 14, 2009

Peringatan DariNYA

Keluh keresahan ..
gusar kegelisahan ..
meniti dinaluri insan
kala saban hari kedengaran
mengganas penularan
wabak tanpa undangan
terus memburu kematian
tiada tanda bersusutan ..




Tangisan hati ..
berduka diri ..
mengiringi yang pergi
esok yang menanti
entah berapa lagi
jasad akan bersemadi
mungkin saudara sendiri
atau diri ini
yang menyusur dikemudian hari ..

Apa yang terjadi
usah ditunding jari
namun
bersama menginsafi
mungkin kelalaian diri
serta keegoan pada ilahi
yang tak pernah menyukuri
dan mengingati
segala kurniaan yang telah diberi
jua untuk menyedari
dari lena mimpi
supaya segera kembali
nan sekian lama
hanyut dalam alpa
tanpa menoleh pada yang Esa ..

2 comments:

maiyah August 15, 2009 at 7:33 PM  

salam adik.. cantik puisi ni.. semoga kita sentiasa dilindungi

.:: Fiqhi ::. August 15, 2009 at 10:13 PM  

THNKS..sama2 doakan kesejahteraan bersama
insyaalllah..

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.