Saturday, August 29, 2009

Merisik Erti Kemerdekaan

Di mana hakikat kebebasan ..
Di mana sebenar kemerdekaan ..

yang cuba kumerisik berkenalan
untuk disandarkan
pada kehidupan
agar tercapai maksud kedamaian
yang sering didambakan


mengapa tak ku merasai
nikmat disebalik
sebuah kemerdekaan
walau telah bertahun
terusir dari penjajahan

kumengintai dalam kekeliruan
disebalik laungan dunia
memekik lantang
menjaja ungkapan kemerdekaan
namun
tak juga bertemu
apa yang ku impikan

entah bila
dapat kumelihat
erti kemerdekaan ini
andai zahir nampak kebebasan
tapi akal fikiran
rentak perjalanan
setia pada yang ditinggalkan

walaupun begitu
tetap berhasrat hati
suatu masa nanti
pengertian yang menjadi mimpi
berakhir dengan realiti ..

4 comments:

maiyah August 29, 2009 at 7:25 PM  

salam adik.. selamt hari merdeka, cantik puisi nih

.:: Fiqhi ::. August 29, 2009 at 11:41 PM  

wslm....thnks slm merdeka jugk tuk akak..

MAN ANA? August 30, 2009 at 10:12 AM  

dalam menghayati erti kemerdeekaan, kita seringkali mengabaikan tanggungjawab mengekalkan sebuah kebebasan.usah dipersia usia muda, bangkit dan bangun dalam memperkasakan bumi merdeka.
salam perjuangan dari bumi bertuah.

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.