Wednesday, August 5, 2009

Lisan Kesyukuran

Luntur sudah kegusaran
jua pening kegelisahan
yang dahulu sering menyerang
jiwa perasaan
lalu membiarkan
nafas ini tercungap kekeluhan
dilanda ombak kekalutan
tanpa melebar ruang
untuk hati bermesraan tenang
ditaman kebahagiaan ..



Lembut lisan
menutur lafaz kesyukuran
atas kurniaan tuhan
pada hasrat impian semalam
yang kerap bertadahan
tanpa waktu batasan
kini bertamu dalam kenyataan
merungkai segala persoalan
yang pernah berburuan
dipentas ingatan ..

PadaNYA
terharu dalam kerendahan
tunduk wajahku bersentuhan
pada datar bumi dipermukaan
buat diri membuktikan
junjungan penghargaan
nikmat yang masih diberikan
walau ada ketika
hati terpalit keingkaran
pada susur kehidupan
yang silam ..

Ya rabbi
rahmat belas ehsanmu
pada jiwaku
meletak daku
diperdu keampunanmu
setiap waktu berlalu ..

2 comments:

maiyah August 5, 2009 at 6:29 PM  

salam adik.. banyak makna dalam sajak adik, rasanya adik bleh wat cerpen

.:: Fiqhi ::. August 5, 2009 at 8:25 PM  

ws..yulp..makna yer mmg ade..huuh..utk buat cerpen kena kerah lebih sikitlah otak nih..ehhe..

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.