Saturday, January 31, 2009

Mengumpul Dua Solat

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar(sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis ini, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

Read more...

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku

Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hid
up Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Read more...

Keabadian Persahabatan

Persahabatan yang terbina antara insan mampu menghilang duka dan dapat melambai bahagia yang berpanjangan walaupun dalam keakraban itu kadang kekeruhan datang menimpa.Hakikatnya kekeruhan itu sebenar mengajar kita menilai sejauhmana tanda kasih kita pada nilai persahabatan.Antara rahsia keabadian persahabatan ialah:

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati.

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya
di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah
pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa
yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya)
di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika
hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

Read more...

Kesal Dengan Israel

Tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza mendapat pujiaan penduduk Palestin juga turut disambut sebagai wira oleh sebahagian besar penduduk Turki apabila beliau tiba di Turki selepas menghadiri forum ekonomi dunia itu.

Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang dikatakan Israel sedangkan kebenarannya ramai penduduk (Gaza) terkorban.(KOSMO)

Read more...

Friday, January 30, 2009

Mengharap Tangis Keinsafan

Cahaya pagi yang bersinar

membuat aku berzikir syukur
kerana masih diberi hayat
meneruskan hidup di dunia ini..

Dalam menghayun langkah jalanan
diwaktu hari-hari yang mendatang
bertemu segala ciptaanmu tuhan
pada setiap makhluk alam
terdetik rasa kerendahan
bagi diriku serba kekurangan..


Tirai redup senja yang berlabuh
menghambat jiwaku ke medan pengabdian
menghitung tasbih pujian
dalam sendu keinsafan
pada langkah yang ditinggalkan
nan tiada kembali beteman
untuk waktu yang bertandang..

Kala mata layu dikamar lena
hati pula sering bersangka
keluhan kata pun bersuara..

Ya Allah
jika lenaku ini
kerehatan pada jasad rohaniku
selimutilah daku dengan kerahmatanmu
dan seandainya
ia penghujung kepada kehidupanku
jadikanlah lafaz syahadah
permulaan pertemuan denganmu..

Read more...

Lawak Teka Berteki

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki:Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia.
Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jaw
apan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Read more...

Solatlah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah ka
mu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutka
n
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Read more...

Thursday, January 29, 2009

Kesuburan Roh Jihad

Biarpun terkorban jiwa yang disayangi,tersungkur bumbung menyembah bumi, namun kehidupan mereka di bumi Palestin tiada pernah luntur semangat jihadnya,terus membara kehujung nyawa dalam mempertahan tanah air yang tercinta.

Begitulah semaraknya semangat cintakan syahid dikalangan warga bumi Palestin bermula daripada kanak-kanak yang kecil hinggalah kepada wanita serta orang tua yang dah berumur.Apa yang mereka mahu ialah bumi mereka bebas daripada cengkaman zionis dan merdeka sebagaimana negara lain.

Bagi ibu kepada anak-anak kecil,mereka tak penah merasa sesal seandainya anak-anak mereka
syahid bahkan mereka sendiri menyemai benih-benih jihad terhadap anak-anak mereka termasuk juga asuhan guru disekolah sedikit sebanyak menyumbang proses semaian ini.

Buat kanak-kanak yang telah melalui sendiri pembantaian rejim zionis terhadap bumi mereka,sememangnya cita-cita untuk menuntut bela terus berkobar-kobar dalam sanubari mereka sehingga syahid menjadi hadaf dalam kehidupan mereka.

Read more...

Setulus Ikatan


Bersua bicara tawa bersama
kian lama erat kasih berpaut
hilang duka kerinduan jauh terusir
sepi berlalu tiada lagi mengganggu jiwa..

Hadirnya bermukim dihati
mengulik syahdu kala terkenang
harapan menyusur berpanjangan
biar terpisah kabur dimata
abadi dijiwa utuh terukir..

Ternyata saat itu
bertamu melawat tiba
mengusung memori rindu menghampiri
dari detik itu
terungkai rahsia sebuah pengertian
pada jalanan persahabatan
kerana ia setulus ikatan..

Read more...

Pada Mentari Siang

Mentari yang muncul di awal pagi,ternyata memberi harapan pada waktu siang agar berlabuh dihujung senja tanpa mendung yang membawa titisan hujan dipertengahan waktu.

Namun tiadakah harapan kita untuk bersuara diawal pagi dan kalam keampunan diakhir waktunya pada rabbul jalil,sebagaimana penantian waktu senja pada sang mentari singgah dipelabuhannya.

Firman Allah:

"Wahai ornag beriman ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan sebutan dan ingatan yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbhlah kamu pada waktu pagi dan petang"(al Ahzab 41-42)

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping dengan orang yang beribadat pada tuan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharap keredhaan Allah semata-mata"(al Kahfi 28)

"Maka ingatilah aku nescaya aku mengingati kamu"(al Baqarah 152)

Begitu jelas pada kedua-dua waktu ini pada kita bahawa salah satu diantara waktu yang digalakkan supaya berdoa memohon pertolongan jua keampunan pada Allah.

Jadilah kita seumpama waktu pagi yang mengharap mentari sampai dipenantian senja tanpa tercemar dengan mendung yang menjanjikan titisan air dilaluannya.

Read more...

Wednesday, January 28, 2009

Rahsia Solat

Solat merupakan kefarduan pada setiap muslim.Di dalamnya terdapat pelbagai rahsia.Selain daripada hubungan dengan Allah,ia juga suatu bentuk proses memelihara kesihatan.

Pada solat itu adanya berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang
dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.Pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan sendi yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Dalam solat juga duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat dapat menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Dilihat kepada dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Read more...

Sebenar Kesepian

Andai sepi sering melamar jiwa,lihatlah apa yang telah kita terleka,kadang teman disisi terasa tiada berharga(bukan kawan tiada nilai),rindu pula pasti bersua apatah lagi kita berada jauh dari halaman keluarga.

Suara hati berkata,baik bersendirian tika begini,melayani perasaan mungkin ketenangan dapat didamba.Kenangan semalam yang tiba mungkin terubat sedikit rindu duka.

Apakah hilang kesepian itu,bila mengikut arahan jiwa(nilai pada diri sendiri)?Andai kita terlupa,kesunyian jiwa sebenarnya membisunya suara rintihan pada yang Esa,kelu lidah pada wahyu semesta dan lesu pada ungkapan pada junjungan mulia.

Sekadar mengingati,tuluskan harian kita dalam irama rintihan jua harapan doa bersama tulisan kalam pencipta membasah pada lisan,pasti ketenangan jiwa menyusur tiba kala sepi menyapa atau berlalu tiada.

Read more...

Tuesday, January 27, 2009

Sebelum Terlena

Rasulullah berpesan kpd Aisyah :
Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kaulaksanakan haji & umrah....

Bertanya Aisyah:
Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara serentak?

Rasul tersenyum & bersabda :
Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat utkKu & para nabi sebelum aku,maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah utk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji &umrah

Read more...

Mengusir Bisikan


Tusukan sembilu dugaan menusuk kalbu

melemahkan daku untuk terus berdiri
pada kehidupan harian yang berwaktu
kadang pudar zikir padaNYA
sepi atas lidah tanpa kata
hingga putus harapan pada yang esa

Ku zahirkan kekuatan hati
dalam bersyair keyakinan ilahi
bersama jasad bergerak disisi
harum gemersik kesyukuran mewangi
pada tiap laku yang terjadi

Ku genggam harapan
dengan menadah tangan
dihujung kewajipan taklifan
agar hilang bisikan syaitan
yang sering mengaburi pandangan insan
pada gerak amalan

Padamu ya Allah
sirami hatiku ini
dengan setulus suci keimanan
bersama bunga kecintaan
harum mewangi dilubuk perasaan
walau perit kesakitan berkunjungan..

Read more...

Yahudi laknatullah

Beberapa kurun berlalu dan orang Yahudi ini terus hidup di merata tempat. Biar di mana sekalipun mereka berada tetapi mereka masih tetap dengan tabiat dan tradisi yang tersendiri, iaitu tamak dan cuba menguasi kawasan yang mereka diami.
Sejarah menceritakan bahawa kaum itu sentiasa terdedah kepada pencerobohan. pada zaman pemerintahan raja Rom, iaitu Kaisar Neron, saja (tahun 67 Masihi) orang Rom membunuh beribu Yahudi sebagai tindak balas terhadap apa yang mereka lakukan ke atas penduduk Pulau Crete (Greece). Pada masa itu, kebanyakan Yahudi menganut agama Masihi, iaitu selepas wafatnya Nabi Isa al-Maseh a.s. pada 30 Masihi.
Pada kurun kelima dan keenam Masihi, beberapa raja Parsi mengancam kaum Yahudi dan akhirnya pada 581 Masihi, mereka di halau sama sekali dari negeri itu.
Yang tinggal hanyalah segolongan kecil saja hingga kini dengan menyamar sebagai orang Islam dan menyimpan semangat Yahudi. Orang Iran memanggil mereka "Islam Baharu."Golongan Yahudi seperti itu juga ada di Iran.
Di Britain, mereka mendapat kebebasan dan perhatian yang baik pada mulanya. Tetapi apabila mereka mulai menjalankan dasar lama mereka, maka kucar-kacirlah bangsa negeri itu.
Hasilnya, Raja Edward (1005-1066 Masihi) merampas hakmilik mereka pada 1041 Masihi. Dan begitu juga pada hari kemahkotaan "Richard the Lion Heart" pada 1139, orang Britain membunuh dan merampas harta benda Yahudi. Mereka hanya kembali semula ke negeri itu pada zaman pemerintahan Cronus.
Mereka juga berhijrah ke Perancis. Dalam tempoh yang singkat saja, rakyat Perancis sedar bahawa kekayaan negara adalah di tangan mereka dan separuh Bandar Paris menjadi kepunyaan Yahudi.
Kerana itu, kedengaranlah suara orang ramai memekik supaya dihalau Yahudi dari negara mereka. Kesudahannya, Raja Philip II Augustus (1165-1233 Masihi) menyahut seruan mengusir Yahudi dari bumi Perancis. Usaha pengusiran itu berakhir pada pemerintahan Raja Charles IV pada 1294-1328 Masihi
Mereka juga berhijrah ke Sepanyol. Sebaik saja mereka dapat menguasai dalam beberapa lapangan yang penting dalam negara itu, maka mereka dihalau dari Sepanyol.
Bilangan mereka yang diusir dari Sepanyol pada 1642 Masihi dianggarkan 400,000 orang, lalu mereka berlindung di beberapa negara Islam.
Nasib yang di terima oleh Yahudi di Jerman, Switzerland, Rumania, Yunan, Holand dan Russia sama dengan apa yang mereka terima dibeberapa negara yang disebut di atas.
Kalau kita meneliti sejarah bangsa Yahudi serta kegiatan mereka di dunia, kita akan kenal betapa bangsa ini melakukan pengkhianatan terhadap negara yang mereka diami. Tidak hairanlah ketika meletusnya peperangan di Eropah (1937 - 1945) dulu, dianggarkan enam juta Yahudi di bunuh pihak Nazi Hitler kerana Yahudi melakukan sabotaj menghancurkan Jerman.
Pengkhianatan bangsa Yahudi tidak kira di mana mereka berada, kalau ada kesempatan, pasti mereka akan melakukannya.
Rakaman sejarah menyatakan Bani Israel atau Ibrani adalah golongan orang Asia tulen yang berasal dari Ur (Iraq). Kini bangsa Ibrani digantikan bangsa Israel Yahudi Zionis. Mereka tidak lagi boleh dikatakan berasal dari Asia kerana darah Asia Ibrani dialiri darah Russia, Poland, Jerman, Sepanyol, Perancis atau Barat. Dan sejarah Yahudi adalah sejarah Eropah atau Barat.
Kini, negara Israel didirikan oleh Barat (Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat dan Russia) dan pertahankan supaya terus wujud oleh Barat, terutama Amerika Syarikat. Sejak diumumkan terbentuknya negara Israel pada 14 Mei 1948, Israel hingga kini menjadi pengkalan Barat, dalam waktu yang singkat saja, ia pasti akan roboh dan hancur.

Read more...

Mathurat : benteng yang tercicir


Kita sering diburu resah jua gelisah dalam kehidupan dek kerana tekanan persekitaran yang dilalui,hinggakan kita melangkah dalam arahan nafsu yang bermukim dihati.Namun keadaan juga dipersalahkan.

Akan tetapi mengapa kita tidak melihat pada keresahan yang bertamu sebagai kealpaan kita terhadap hak jiwa yang patut kita penuhi sedangkan pada hak itu terletaknya kekuatan,kenyakinan dan pertahanan diri dari pancaran ujian seharian.

Jangan biarkan lirik mathurat pudar diingatan,suburkannya diwaktu mentari kian kelihatan dan dikala senja mahu berlabuh.Moga dengan nyanyian zikirnya mampu menyemai benteng kekuatan dalam hati kita insyaallah.

Nabi pernah bersabda:

" sesiapa yang membaca auzubillah hi minas sami`u alim mi mina syaitanirajim,maka dilindungi daripada syaitan hingga petang"-Riwayat dari Anas r.a

"sesiapa yang membaca pada pagi dan petang hasbiallah..(7x)nescaya Allah mengurus segala kerusingannya tentang urusan dunia jua akhirat"-Riwayat Abu Darda`

"sesiapa yang membaca qulid ullah...(isra` 110-111)maka hatinya tak mati pada siang dan malamnya"-Riwayat Abu Musa Asyaari


Sebenarnya inilah benteng kekuatan kita yang sering kita terlepas pandang.Sama-samalah kita muhasabah diri.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.