Friday, February 27, 2009

Cahaya Rabi`awal

Ku lihat cahaya rabi`awal
sirah kelahiran junjungan
pasti memenuhi ruang ingatan
keagungannya menjadi sebutan
pada kalam setiap insan
yang cintakan utusan akhir zaman
dalam membawa obor keimanan
bertauhid tuhan sekalian alam ..

Rasulullah
pada sejarah kelahiranmu
yang kini masih difikiranku
menggamit abadi pada waktu
diusiaku yang bertamu
tanpa hilang pergi berlalu ..

Pada Allah
tempat nyanyian doa
ku mengasah harapan
agar tiada samar kecintaan
dan tak berkeringan pada lisan
untuk selawat berterusan
buat junjungan ..

Read more...

Saturday, February 21, 2009

Nafas Terakhir

Read more...

Friday, February 20, 2009

Hikmah Pada Wudhuk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.



2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.



3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .



4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.



7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.






Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Read more...

Thursday, February 19, 2009

Kuliah Bermula

Cuti dah berakhir kuliah pun bermula
mari bersama jangan kita terleka
menerus pelajaran untuk fasal yang kedua
agar mampu untuk kita berjaya
dan tidak lagi dilanda kecewa
andai pernah kita dahulu telah merasa
nanti cepat dapat pulang ke Malaysia
dengan hati yang bahagia..

.: sELamAt BeRkULiYah BuaT teMan Di AzHaR :.

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

Memburu Maghfirah

Wajah malam yang menyusur
dalam dingin berhembusan
bersama kesunyian melamar
bangkit insan bernaluri keimanan
merintih sayu detik yang pergi
tercemar bercakaran noda..

Dipenjuru kelam itu
zikrillah yang bersendu
tulus dengan titisan air mata
tersimpul hajat dikalbu
memburu maghfirah
menyucikan jiwa insani..

Dakapan kalam doa
yang tertulis pada lisan
mahu kekuatan kini
selamanya bersemai
disudut hati nurani
moga berterusan pemburuan ini
yang mampu menghancurkan
benteng keangkuhan nafsu
nan bermukim dalam diri..

Read more...

Sunday, February 15, 2009

Bisikan Syaitan

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.


Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.


Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.


Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

Read more...

Tuesday, February 10, 2009

Kepada Siapa Untukku Mengadu

Hidup yang belum terhenti
waktu masih setia berlari
hari silih berganti
usia bertambah tinggi
masa yang lepas berlalu pergi
namun ku masih di sini
merangkak menuju destinasi
mencapai impian hati...


Dalam titian itu
letih memburu bersulam lesu
hingga jiwa sering menjadi layu
hayunan jalan kehidupan membaku
membawa diri untuk membisu...


Entah mengapa
keadaan itu menyapa
walau ku sering menyanyikan doa
agar tak datang bersua
pada waktu yang menyusur tiba...

Kepada siapa untukku mengadu lagi
keluhan hidup yang begini
datangnya bertubi-tubi
kesudahannya yang belum pasti
hanya sekelumat iman dihati
nan diyakini
akhirnya memujuk diri
pasrah pada Ilahi...

Read more...

Monday, February 9, 2009

Ukhwah Semalam

Bersinar seri diraut wajah
mengusir kerut keluhan hampa
pada kasih ukhwah yang kian pudar
ditelan jarak waktu perpisahan kembara
mengutip butir mutiara ilmu
dalam jurang perantauan nan jauh..

Hadirnya halaman ini
menjejaki persaudaraan semalam
hangat kasih persahabatan silam
masih lagi dapat ku rasai
tamu nostalgia kita susuri dahulu bersama
mula tergambar dipanggung memori
sejurus membangkit ghairah rindu ingin kembali..

Di sini
suara hati dapat kututur
sepi khabar dapat kutahu
bersua potret dapat kutatapi
terlontarlah rindu dari bersarang dihati..

Saat ini
bahagia pulang kepangkuan jiwa
kerana kerinduan lalu terubat sembuh
utuh tautan kian tersimpul kukuh
bersama harapan berlabuh
moga tiada lagi sepi jalinan ukhwah
setia subur sepanjang perjalanan..

Read more...

Sunday, February 8, 2009

Hakim Yang Bijak

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanl Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan "Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan."

Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantarkan hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya sebahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman pun menghantarkan hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, "Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya, sedangkan saya meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapakah kedua-duanya juga dihantarkan kepada saya ketika saya memesan menghantarkan bahagian yang terbaik?"

Luqman menjawab, "Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya jahat, maka sangatlah buruknya!" Mendengarkan jawaban yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan. Begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan. Oleh itu, hati dan lidah adalah punca segala kebaikan dan kejahatan.

Read more...

Usah diseksakan diri

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.


Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu maka baginda bertanya, "Mengapa dengan orang ini?"

Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki."

Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyeksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"

Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :

"Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu tungganginya"

Read more...

Saturday, February 7, 2009

Puisi Untuk Rakyat

Pedih terasa benci membara
kala pergolakan berlaku didepan mata
bahang kemarahan kian menyala
pada kepimpinan yang gila kuasa
tanpa diendah rakyat bersuara
mencabuli demokrasi yang sudah tak bermaya
hingga Pakatan Perak tersungkur jua..



Biarpun begitu
usah membiar semangat menjadi lesu
semangat rakyat perlu bersatu
berusaha mempertahankan kerajaan yang sedia ada
kerana kita berpijak pada suatu yang nyata
mengikut undang-undang perlembagaan negara
rampasan seperti itu tak bermakna..

Kami tetap berkata
pakatan kami masih mempunyai kuasa
walau dinafikan pihak media
usaha kami akan diteruskan jua
bagi mengembalikan hak yang sepatutnya..



Pada Allah
harapan kami berserah
mohon diberi kekuatan supaya tidak mudah mengalah
serta kesabaran jua istiqamah
menghadapi ujian yang datang menerjah
kerana kami diajar perjuangan tak bernoktah
selagi ada kebenaran pasti terserlah..

Read more...

Detik Terkenang

Hari ini
ku masih merasai nikmat kehidupan
seperti semalam
dalam kesihatan serta kekuatan
untuk menerus sisa langkah hayatku
yang entah bila tiada pasti
berakhir sebuah musafir
perjalanan ini.

Waktu bersilihan
musim bergantian
anugerah berpanjangan
bila terkenang ada masa ku kealpaan
dek kerana dunia mempersonakan
lalu alunan kesyukuran
tak bersuara pada lisan.

Tika begitu
rintihan jiwa mula berirama sendu
tasbih keampunan berlagu
menghisab diri nan kealpaan selalu
hingga terbit perasaan malu
pada tuhan tempat ku mengadu.

Ku tabah dalam berbicara
tanpa jemu meluahkan doa
semampu yang ada
sebagaimana semalam terhimpun alpa
begitu jualah ku terus mencuba
biar menghilang rasa luka
pada Allah yang Esa
moga disisiNYa
ku dapat menggapai erti bahagia.

Read more...

Kenangan Yang Tercipta

Read more...

Kelebihan Berselawat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Read more...

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Insyaallah.

Read more...

Friday, February 6, 2009

Syafaat Keampunan




Nabi bersabda:
"Daripada Quran terdapat 30 ayat yang dapat memberi syafaat sehingga diberi keampunan,iaitu Surah Al Mulk"(Riwayat Abu Daud)

Read more...

Doaku Untuk Ayah Dan Ibu

Ya Allah
rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan
pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua
penyebab hilangnya dosa-dosa mereka
meningginya kedudukan mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
keizinanmu ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Bila magfirahmu telah meliputi mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafaat untukku.
Tetapi jika magfirahmu lebih dahulu meliputi diriku
Maka izinkahlah aku memberi syafaat untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan rahmatmu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulianmu
keampunan serta keredhaanmu

Sesungguhnya engkaulah
yang memiliki kurnia Maha Agung
serta anugerah yang tak berakhir dan
engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Read more...

Thursday, February 5, 2009

Tiga Tanda-Tandanya



Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya


1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia



Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya


1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri



Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya


1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman



Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya


1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya



Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya


1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.





Read more...

Sesaaat Ku Menghitung Dosa

Sesaat ku menghitung dosa
penyesalan masih terasa
menusuk hati perit terluka
bersama deraian air mata
memahami perasaan dijiwa
biarpun seringku meluah kata
disujud taubat berbicara
pada tuhan yang Esa.

Ku mengerti kalimah keyakinan
yang terukir dalam lipatan iman
tak sekali iaNYA berpaling
dari memandang rintihan insan
yang pulang kepangkal jalan
tetap sedia melebar tangan keampunan
selagi tak bertemu cahaya sinaran
menerangi alam dikaki terbenam.

Namun..
parah luka silam
tak pernah luput parutnya
dari singgah dihalaman ingatan
walau kelamaan waktu ditinggalkan.

Sungguhpun begitu..
tiada diri ini berputus harapan
sabar melagu doa keinsafan
dalam acuan kepasrahan
buat insan sepertiku telah ditakdirkan
luka yang tercalar takkan hilang
untuk peringatan berjalan kehadapan.

Read more...

Ampunilah Daku





Ya Allah,harian ku berjalan dibumimu,membuat daku bersua pelbagai ciptaanmu.Telah banyak ku terlepas syukur padamu diwaktu yang lalu.Oleh itu ampunilah daku..

Read more...

Wednesday, February 4, 2009

Apa Peranan Kita

Hari ini kita dikejutkan dengan pergolakan kerajaan pakatan di negeri Perak yang seolah-seolah menunggu masa untuk bertukar kepimpinan dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.Semua ini hasil permainan ahli-ahli politik yang mahukan kuasa untuk merampas kembali negeri tersebut.

Pelbagai cerita yang dapat kita ambil daripada permainan ini,namun kita yang masih mampu untuk berpikir ini dan tahu untuk menilai sejauh mana kebenaran dengan apa yang berlaku,adakah cukup sekadar hanya kita melihat tanpa ada perasaan untuk memberi sumbangan dalam nak menegakkan kebenaran.

Oleh yang demikian,sama-samalah kita bermohon munajat pada Allah semoga pergolakan serta permainan kotor musuh politik tersebut berakhir dan dibinasakan perancangan jahat mereka disamping mengembalikan semula ketenteraman pada negeri Perak.

Read more...

Barisan Di Akhirat

Suatu ketika, Muadz b Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris." (QS An-Naba':18)"



Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan diiringi dan dikumpulkan berbaris-baris."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.....




Barisan Pertama

Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kedua

Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Keempat

Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kelima

Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Keenam

Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Ketujuh

Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kelapan

Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kesembilan

Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kesepuluh

Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kesebelas

Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."




Barisan Kedua Belas

Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."




Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin...

Read more...

Taubat Seorang Wanita Buta

Saleh Al-Muri bercerita, bahwa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai sholat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:



''Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat menghindarkan bencana yang dahsyat.''



Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: ''Wahai Ibu! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?''



''Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku karena terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.'' Kata perempuan tua itu.



Saleh pun ikut menangis karena sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu.



''Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. karena aku sudah sangat rindu kepadanya.'' Pinta perempuan itu.



Lalu Saleh membacakan ayat yang artinya: ''Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.'' (Al-An'am: 91)



''Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?'' Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.



Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus.

Read more...

Masihkah Esok Suatu Yang Pasti

Salah seorang anak Umar bin Khattab telah diejek dan dibuli oleh teman-temannya kerana memakai baju yang bertampal-tampal dan buruk.

"Tidak ada gunanya mempunyai ayah menjadi kepala negara, bajunya tampal seribu," kata teman-teman anak Umar.

Kerana sudah tidak tahan dengan ejekan teman-temannya, anak Umar itu pun mengadu kepada ayahnya. Khalifah Umar sangat kasihan kepada anaknya yang mengadu itu, tapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Maklumlah beliau tidak mempunyai simpanan apa-apa, sedang gajinya sebagai kepala negara hanya 1 dirham saja sehari dan ketika itu belum sampai masa gajian. Umar pergi ke Baitul Mal untuk meminjam sedikit wang dan berjanji akan membayarnya pada bulan depan apabila sudah menerima gaji.

"Bukan saya tidak mahu mengeluarkan wang Baitul Mal, tapi apakah Amirul Mukminin sudah yakin masih akan hidup sehingga bulan depan? Dan jika Amirul Mukminin mati sebelum sampai masa gajian yang akan datang, siapa yang akan membayarnya? kata petugas Baitul Mal.

Mendengar itu, menangislah Khalifah Umar bin Khattab sehingga air matanya menitis membasahi pipinya. Beliau tidak jadi untuk meminjam wang dan pulang dengan perasaan sedih sambil mengenang kematian.

Read more...

Tuesday, February 3, 2009

Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas.


Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Read more...

Ukhwah Yang Membisu

Usah ditanya hati siapa
tak pernah dilanda sepi
andai diri bersendirian..

Usah disangka gelora rindu
takkan datang
andai sunyi sering bertamu..

Usah diragui jiwa mana
tak berputik kasih
andai pernah terjalin suatu ikatan..

Biarpun bayanganmu hilang dipandangan mata
jasadmu jauh nun di sana
namun
kerinduan tetap membara
kasih perasaan subur dijiwa
tiada pudar ditelan masa
dihati ia kekal setia..

Read more...

Andai Terleka

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada
bersabda yang bermaksud: "Ada dua macam yang tidak ada
sesuatu yang lebih baik dari keduanya:

1. Beriman kepada Allah.
2. Memberi manfaat kepada muslimin.

Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih
buruk dari keduanya:

1. Mensyirikkan Allah.
2. Menyakiti kaum muslimin."


Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud:

"Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka
mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:

1. Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada
akhirat.

2. Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada
kematian.

3. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan.

4. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada
perhitungan di akhirat.

5. Dan mereka cinta kepada MAKHLUK dan lupa kepada
ALLAH."



Read more...

Monday, February 2, 2009

Kisah Teladan

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Read more...

Doa Rasulullah S.A.W

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak".

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Read more...

Sunday, February 1, 2009

Keizzahanmu Al azhar


Telah lama masa waktu berlalu
ditelan ratusan tahun usia
melewati generasi silih bergantian
hingga kini masih mekar namamu
harum mewangi pada lisan bicara
dipersada pelusuk dunia.




Al Azhar..
Subur dirimu dibumi gersang
bersama bertebaran debu kekeringan
dalam kehangatan mentari siang
tak pernah layu kelesuan
kerana silih berkunjungan
jiwa dibiasi tulus keikhlasan
mengemis lautan ilmu warisan berzaman.

Al Azhar..
Kau melambai insan kehausan
tanpa perintah paksaan
menolak perhitungan antara fahaman
dengan melakar kalimah penyatuan
dalam meraba sinar kebahagiaan
nan menjadi destinasi kehidupan.

Al Azhar..
Daku kini dalam dakapanmu
menyimpan harapan mengutip keberkatan
pada setiap nafasku dibumimu
moga musafir kehidupanku
terarah kejalanan sufi.

Read more...

Rayuan Gaza

Setelah hampir tiga minggu bumi Gaza disembelih rejim Yahudi,kini keperitan hidup penghuninya masih terasa hingga ke hari ini.Di saat kekejaman Zionis melakukan pembantaian terhadap Gaza,seluruh dunia mengecam.

Alhamdulillah,berkat kesunggguhan usaha insan yang cintakan keamanan dan juga tadahan doa pada yang Esa,Hamas dapat mengecapi kemenangan walaupun dinafikan oleh Zionis.

Derita yang ditanggung oleh penduduk Gaza kesan daripada kebiadapan Israel memerlukan bantuan daripada mereka yang sudi bagi memulihkan kekuatan untuk terus hidup.Sumbangan andai amat diperlukan dalam misi bantuan ini.Hulurkan tangan ringankan beban.Segala sumbangan anda moga dihitung ganjarannya.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.