Sunday, September 27, 2009

Sesuatu Yang Tersembunyi

Apa sebenar tersorok dikalbumu
hingga tiada suara untukku
sering memencil hanya membisu
hambar senyumanmu
tak seindah dahulu
jika semalam kita bertemu
pasti bicaramu
mendahului daku
kata yang terbit darimu
tak serancak waktu lalu
membuat diri menjadi keliru
melihat dikau begitu
apa yang dikau mahu
aku pun tak tahu ..

Ke dalam diri
ku cuba mencari
sesuatu yang tersembunyi
di mana ada salah erti
pada gerak laku diri
sebelum ini
namun tak kutemui
mungkin kabur menghalangi
pada sudut pandangan sendiri
dalam mengenal pasti
kesilapan bagaikan duri
menusuk dihati ..

Padamu
ku bermadah dalam lagu
andai dirimu yang begitu
berpunca dariku
apa yang termampu
hanya maaf kuseru
serta keinginanku
terhadap dirimu
kembali seperti masa lalu ..

Read more...

Monday, September 21, 2009

Kenangan Syawal Diperantauan




Read more...

Saturday, September 19, 2009

Lebaran Di Hujung Perantauan

Gema takbir bersahutan
meruntun jiwa kesayuan
sepintas melambai kerinduan
pada halaman dikejauhan
tanpa sedar meragam
bebola penglihatan
digenangi takungan
dalam ku cuba bertahan
dari melimpah berlinangan

tapi terpaksa jua melepaskan
menitis berguguran
dalam sebak kesyahduan
bila kenangan lebaran silam
bermain ditabir ingatan ..

Ku biarkan begitu
untuk seketika waktu
bagi melepas apa yang terbuku
agar hilang derita itu
dari bersarang membatu
dalam rasa yang tak menentu ..

Lebaran kini
kusambut dihujung perantauan
mengudang tawa keriangan
setelah lama memendam
ingin bersorak diperkampungan
namun ..
jauh tersimpan diperasaan
ada tempias kepiluan
kerana terakhir dibumi gersang
yang tak mungkin berulang
dalam sambutan mendatang ..


Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Mengintip Lailatul Qadar

Kupanjat penghargaan
padamu tuhan
atas segala kurniaan
daya kekuatan
bersalut kudrat kesabaran
membaluti jiwa keimanan


dalam latihan
madrasah ramadhan
yang mampu bertahan
hingga hari-hari kesudahan
tanpa rebah dipertengahan

Ya tuhan ..
dalam penantian
ke hujung tirai pelabuhan
ku mengintip suatu malam
nan terbuka kerahmatan
dalam perkenan keampunan
dan mendengar keinginan
buat hati ketelusan
menadah penuh kerendahan

Ya Rabbi ..
tetapkan hatiku ini
dikalangan hambamu
yang berkesempatan
dalam bertemu dengan perjanjian
seperti termaktub dalam wahyu kalam
kelebihannya mengatasi seribu bulan
agar dapat ku bermunajat
dalam menyucikan diri
daripada kekotoran
setelah sekian lama
mencemar pada jiwa

Read more...

Monday, September 7, 2009

Disebalik Nuzul Quran

Bermula seruan kalimah
dengan ungkapan bacalah
pada tuhan menciptakan
makhluk insan
sekalian alam
jua mengajar manusia
dengan pena tulisan
apa yang tiada dipengetahuan


Turun cahaya dari tuhan
dengan wahyu kebenaran
pada junjungan kerasulan
sebagai permulaan
dalam misi gerakan
menyemai akidah kesucian
daripada gelap kejahilan

Terserlah kemuliaan
agama keagungan
dengan lengkap panduan
terselit antara helaian quran
menyuluh kebahagiaan
hidup berpanjangan
bagi jiwa teguh berpegangan

Ku berzikir pengharapan
moga sejarah penurunan
suatu perlembagaan
mentadbir susunan alam
memberi keinsafan
pada diri yang kerap kelalaian
agar terarah ke jalan
keredhaanmu tuhan ..

Read more...

Saturday, September 5, 2009

Kesempatan

waktu berjalan
meniti ketentuan
mara kehadapan
dalam kepatuhan
fitrah alam ..




aku memandang
kadang menoleh kebelakang
aku merenung
kadang merasai diperasaan
aku mendengar
kadang irama berlagu didalam
aku melangkah
kadang kaku diperhentian
aku bercerita
kadang sebak dikenangan
aku berbicara
kadang sayu dikerinduan

apa perlakuan ..
apa perbuatan ..
tika ini
aku masih berdiri
dalam waktu kini
hanya mencari
suatu kesempatan diri
bagi memenuhi
impian hati
pada memori
dimasa beredar pergi
indahnya ditatapi
pahitnya diteliti
moga kesempatan yang dijumpai
keindahan mampu diulangi
kepahitan tiada berkunjungan lagi
biar senyum berseri
menghibur hati
tanpa tangisan
duka kepiluan ..

Read more...

Thursday, September 3, 2009

Ke Mana Akhirnya

Hanya kerana memperhamba
telunjuk amarah muda
dalam nafsu membara
tergadai kasih yang terbina
antara keluarga
hingga retak jalinan saudara ..


Destinasi dunia
yang tiada hujungnya
sebati dengan noda
tak tenilai resam agama
bagaikan terbang diudara
bebas ke mana sahaja
tanpa halangan tiba
asalkan apa dirasa
memenuhi kehendak jiwa ..

Jika bergerimis duka
teman dicurah rasa
manis luahan bicara
memujuk hati kecewa
hilang pergi hiba lara
diri kembali tertawa
tanpa mahu direnung punca
mengapa terbitnya derita ..

Ke mana akhirnya
jalanan kehidupan maya
diumur remaja
yang tersadai dilembah hina
andai tak pulang semula
mengintai cahaya
pasti nasib merana
kerana waktu laluannya
seketika tiada selamanya
sekali hadir cuma
diperjalanan kehujung nyawa ..

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Semalam Yang Pergi Esok Menanti

Seketika daku dipinggir lamunan
menghilang kekusutan
dalam pelawaan ketenangan
terlintas membilang waktu
mengenang diusia lalu
membuat diri lumpuh lesu
kaku dan terpaku


Semalam yang pergi
melakar seribu memori
dalam lipatan diari
yang tak mungkin lagi
dituruti kembali
namun yang pasti
nostalgia kan berseri
dalam usia yang dilewati
untuk tatapan kemudian hari

Esok yang menanti
bersama terang mentari
mengharap langkah tak terhenti
ditapak yang berduri
dan biarlah merentasi
dalam lakaran mimpi
yang dicipta berkali
sebelum menghadapi
hari nan berganti

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.