Lebaran Di Hujung Perantauan
Gema takbir bersahutan
meruntun jiwa kesayuan
sepintas melambai kerinduan
pada halaman dikejauhan
tanpa sedar meragam
bebola penglihatan
digenangi takungan
dalam ku cuba bertahan
dari melimpah berlinangan
tapi terpaksa jua melepaskan
menitis berguguran
dalam sebak kesyahduan
bila kenangan lebaran silam
bermain ditabir ingatan ..
Ku biarkan begitu
untuk seketika waktu
bagi melepas apa yang terbuku
agar hilang derita itu
dari bersarang membatu
dalam rasa yang tak menentu ..
Lebaran kini
kusambut dihujung perantauan
mengudang tawa keriangan
setelah lama memendam
ingin bersorak diperkampungan
namun ..
jauh tersimpan diperasaan
ada tempias kepiluan
kerana terakhir dibumi gersang
yang tak mungkin berulang
dalam sambutan mendatang ..
0 comments:
Post a Comment