Thursday, December 31, 2009

Biar Rindu

andai jauh berada
menjarak pandangan mata
tanpa kedengaran kata
dalam bersoal bicara
dan rindu pun mula berbunga
melamar rasa jiwa
mungkin antara kita
telah berputik kasih setia
diperdu persahabatan yang tercipta


jika diselami rindu yang bertamu
pasti memburu kenangan lalu
tiap saat dan waktu
nan terlukis bersamamu
meniti disegenap lamunanku
tika sendiri dalam jemu
tanpa haluan untuk dituju

biarpun berbatu memisahkan
sepi lafaz perkataan
meluah pengkhabaran
cukuplah wangian kerinduan
tersembunyi dilipatan perasaan
menjadi bukti persahabatan
dalam harapan berpanjangan
abadi tiada diperhentian
menjejaki perjalanan

Read more...

Thursday, December 24, 2009

Alumni Aspura Ladang






Read more...

Saturday, December 19, 2009

Biarkan Aku Menangis

betapa menggunungnya noda
telah ku tempa
betapa merimbunnya dosa
sudah ku laku
sampai bila untukku terus begini
hidup dalam tempias murka


tuhan ..
saat kau beri keinsafan
tika kau tiup kesedaran
kala kau tunjuk jalan
ke dalam jiwa hitam
suntikkan kekuatan
bisikkan taubat laungan
biarkan aku bertangisan
dalam sendu tak berkesudahan
hingga tiada lagi titisan
untukku alirkan
dalam merasa kepuasan
bahawa aku dipangkuan
keampunan

biarkan aku menangis
agar terasa salahku terhadapmu
biar hilang karat lalu
moga hampirku denganmu

biarkan aku menangis
agar kembali ku mengingatimu
biar luput hanyir alpaku
moga dapatku menggapai cintamu

biarkan aku menangis
agar aku tahu tiada lagi waktu
yang dapat ku tangis sendu
andai masih lagi begitu
tanpa cahaya darimu

biarkan aku menangis
agar dapat menghayati hidup ini
bahawa tiada abadi
semua yang ada di sini
tetap akan pergi
dan aku yang mengekori nanti
mampu melafaz syahadah janji
disaat pertemuan dengan rabbi
moga tangisan hari ini
magfirah ilahi
dapat aku kecapi
sebelum pergi dari persinggahan ini

Read more...

Monday, December 7, 2009

Pasti Jemu

selepas ini
pasti terasa jemu
bila kau tiada lagi
untuk berkongsi suara
dan bersua kata
dalam pertemuan malam berbicara


suasana malam menjadi suram
andai ku bersendiri
tanpa adanya waktu
berteman denganmu
dan ke mana harus dituju
bagi mengusir jemu
yang bakal menyusur tamu

apa daya kuasa
yang aku miliki
hanya pasrah diredhai
dibiar melingkari hati
hala tujumu di situ
dengan doa kuseru
moga tercapai impianmu
serta langkah permulaan hidupmu
dalam mengecapi bahagia yang dicari

ku semat keyakinan
tiada pudar ikatan persahabatan
walau berjauhan
tanpa sesekali pertemuan malam
namun
jemu yang bertandang pasti
akan aku ubati
biarpun bersendiri

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Hanya Kerana Janji

hanya kerana janji ..
aku berfikir sendiri
meneliti sebenar erti
apa yang diungkapi
perlukah aku sembunyi
atau bertemu pergi

kerap kumeluah buntu
antara tidak atau perlu
dalam persoalan kalbu
yang terpendam terbuku

hanya kerana janji ..
akhir ku memberani
melangkah diri
membawa bekal rasa dihati
bersama risik bauan cinta
yang samar mencari pasti
untuk santapan hiasan
jalanan hidupku

hanya kerana janji ..
membuat aku takut memungkiri
hanya kerana janji ..
membuat hati terbuka kini
hanya kerana janji ..
ku mencari kembali
hanya kerana janji ..
datang cinta yang telah lama pergi

Read more...

Tuesday, December 1, 2009

Tanyaku Padamu

tanyaku padamu ..
ke mana tumpahan rasa
yang meresap ke setiap
jiwa jiwa sepertimu ..

dari gerak atau fikrah
dari waktu atau rencah ?

tanyaku lagi padamu
sedalam mana kiasan mu
yang menari nari di situ
memintal jadi madah
atau
menyimpan tak tertadah ..

dari aku yang tahu
jiwa jiwa sepertimu ..



- nazrie -

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Sepi

mengapa hadir sepi
dalam rasa hati
sakitnya tiada peri
dalam jiwa bersendiri
igauannya tak bertepi
mengbongkar cerita memori
hingga meronta tanpa henti
tiada arah menuju pergi
untuk melepas tekanan berduri
dari mukim terpatri
dilubuk sanubari

indah sepi
bila direnungi
dalam warna warni
senyuman berseri
dilamun bahagia rindu menanti
ingin bertemu impian hati
andai ada waktu sudi
untuk ruang kedua kali
suatu yang pasti
tutur kata dibual kongsi

Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Kau

Melalui senyuman kau ke sini
Bergerak laju ke muara
Bergelora tapi bersahaja
Melalui siapa kau berdiri
Tegap dan berdikari
Tenang tapi berhati-hati
Jalan apa dari bila
Berapa lama pada siapa
Biar mudik arah ke mana
Ke kiri atau ke kanan
Ke hujung atau ke simpang



-nazrie-

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Merubah Jalanan

cuaca kehidupan yang dilalui kini
seakan berulang kembali
menjejaki sirah memori
yang sering kelam tanpa mentari
hingga meraba sendiri
mencari destinasi
untuk singgah berhenti
mengukir lamunan mimpi


resah membelenggu jiwa
gelisah menampar rasa
kala mengimbas jalanan maya
dalam langkah tiada daya
memadam sirah dari bercahaya
menyuluh lorong dunia
yang aku tempuhi merasa

ku mencuba
untuk merubah jalanan ini
dari melanda kembali
bercuaca dimusim lalu
agar tiada hati terguris pilu
kecewa nan berakhir sendu
yang dahulu
tiada ku mengambil tahu

tuhan yang ku seru
dengan pujaan berlagu
menzahir harapan dikalbu
moga kekuatan tak mudah layu
dimamah waktu
setia bersama tiada berlalu

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Akhirya

Hasrat kita
yang sering didendangkan
dalam kata bicara
akhirnya bertemu
dalam pertemuan mata
yang didamba
di ruangan jiwa ..



Andai direnung
sejarah yang terukir
pada persahabatan kita
tiada ku sangka
akhirnya
kita mampu menjadi teman
sebagaimana ikatan
nan terbina sekian lama
walaupun perkenalan
antara kita
tercipta tanpa diduga ..

Pada tautan ini
hanya abadi
yang ku cari
dalam ikhlas suci
nilai suatu persahabatan ..

Read more...

Friday, November 6, 2009

Rindu Yang Terubat

telah lama waktu
hati ini dilanda rindu
pada kehijauan negeriku ..

dan kini
terubat duka ini
bila saja langkah kaki
melata di bumi
serta berdiri
menikmati keindahan warna warni

panorama yang tersendiri
yang sering ku mimpi
dalam usia sebelum ini
di perantauan sunyi ..

aku membilang hari
menghitung tunggakan rindu
dalam santapan
pandangan yang ku amati ..

segalanya
ku melepas kepuasan
luka rindu semalam
sembuh tanpa berparutan ..

padamu tuhan
tangan syukur kutadahkan
atas segala kerahmatan
dapat kembali pulang
dimedan kelahiran ..

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Lambaian Wida`


[ bagaikan wajah langit .::. bertukar warna ]
dengan sang mentari .::. menyinari bercahaya
pada ufuk jingga
damai memandang .::. putih kebiruan
menyata ketenangan .::. sesekali menjenguk kelam
kala berlalu .::. mendung kelabu
ada waktu melepas renyai hujan
bersama guruh bertempikan .::. petir bersambaran
saat keredaan .::. segar dirasai
bertemu lingkungan pelangi .::. yang menghiasi
suram senja
melamar dipenjuru siang .::. menanti dijendela kegelapan
bersama sudi rembulan .::. berteman kerlipan bintang
meredah gelita malam .::. sementara menyusur datang
embun pagi kedinginan

ku selami
suatu nota perjalanan .::. dalam episod pertemuan
yang mengajar karangan perasaan .::. melayari bahtera persahabatan
dilautan kehidupan

pada simpulan .::. yang tak berungkapan
terjalin antara kita .::. naluri kasih beteman
mengharungi suka duka bersilihan .::. dalam bertukar rasa
hingga matang bertitah kata .::. pada lakaran warna
kehidupan maya

dipertemuan ini
segalanya kuhargai .::. kerana di sini
bermula tulisan diari .::. yang tercatat seribu memori
dalam langkah ku berlari .::. mengejar mimpi
sehingga ku kucapi
dalam laluan yang berduri

lambaian wida`
dipenghujung ikatan liqa`
bukan kesudahan pada jalinan ini .::. tetapi tanda menguji
kasih yang berjanji dihati .::. untuk kembali mencari
dalam menjejaki .::. dikemudian hari

di situ
kita akan temui .::. sebenar tulus suci
satu perhubungan naluri
[ yang dinanti ]

Read more...

Monday, October 5, 2009

Erti Persahabatan


[ pada musim lalu ]
aku bertanya .:::. kemana hilangnya
keakraban kita bersama .:::. yang dahulu
sering berkongsi tawa .:::. dan merasai duka
dirumpun persahabatan setia

saat kini
yang kupendam .:::. manisnya semalam
debunga kasih silam .:::. nan tersemai diperasaan
semakin tipis haruman .:::. tiada segar wangian
menyapa dilorong kehidupan .:::. seakan tiada mekar lagi
untuk kuhidu kembali .:::. hanya kerana cara sendiri
berbeza ditelunjuk naluri

terkilan kecewa .:::. pedih terasa
tika menoleh semula .:::. erti persahabatan
yang dulu sama digenggam
dan waktu ini
bagaikan terlerai simpulan .:::. tanpa berharapan
ia hadir pulang .:::. menghubung ikatan

jiwa yang begini .:::. kusandar dihati
membiar diri .:::. sendiri memahami
walau teman tak mengerti .:::. namun tak ku peduli
cukuplah daku
sahaja yang mengharungi .:::. rasa derita ini
biarpun tak dihargai .:::. dan tak diambil erti
nilai ukhwah yang terpatri

bagiku
tetap ku simpan .:::. rasa terpendam
disangkar perasaan .:::. kerana ia kenangan
yang tak mampu dilupakan
[ selagi hayat dikandung badan .:::. dalam usia ditelan zaman ]


.:: BUAT TATAPAN ::.
zemi - muih - syaril - arih gemok - aih - cik pok - arih pale - apih

Read more...

Sunday, October 4, 2009

Kehidupan

Semakin ku berderapan
menyusuri kehidupan ini
semakin bercambah lintasan
sketsa peristiwa silam
dipermukaan ingatan
hingga diri dipelayaran
dalam lautan khayalan
seolah jiwa masih berada
diwaktu kenangan
mula tercipta ..

Ku melihat semalam
dengan keindahan
biar tika itu pahit ditelan
dan kini terasa kemanisan
namun
adakala kesayuan
menyentuh diperasaan
pada watak semalam
yang tak mungkin
bersua kembali dipertemuan
untuk berkongsi lamunan
kerana terhalang
suatu perpisahan
diluar kemampuan
nan tertulis disuratan ..

Ku galas kepasrahan
membawa sebuah pergertian
terhadap suatu perjalanan
ada permulaan
pasti berakhir kesudahan
dicelahannya terlukis kenangan
sekadar kesempurnaan
dalam mewarnai kehidupan
sementara menanti panggilan
menoktah nafas berhembusan ..

Read more...

Saturday, October 3, 2009

Aku Akan Menunggu

aku tertanya
siapa yang bersuara
dalam kesamaran meraba
sering kunjung tiba
hanya seketika cuma
diperbatasan waktu masa
tanpa sebenar nama
masih berahsia
setelah sekian lama ..

hingga kini
aku menanti
suatu jawapan yang pasti
merungkai persoalan dihati
namun
entah bila
ianya menjadi nyata
hanya terserah padanya ..

aku biarkan berlalu
dalam jiwa keliru
andai ianya terus membisu
tetap aku menyeru
suatu hasrat yang kelabu
biarpun dimamah waktu
aku akan menunggu ..

Read more...

Friday, October 2, 2009

Kenangan Haflatul Wada`





Read more...

Thursday, October 1, 2009

Entah Bila Lagi

Berjalan kini
diperantauan bumi ini
ditampal khazanah memori
para nabi juga wali
serta hamba mengingkari
pasti menggamit rindu yang menanti
bila terbang pulang kembali
berpijak dihalaman sendiri ..

Tak mungkin melupai
dan terbiar sepi
kenangan yang terhimpun
dalam musafir ilmu
buat jiwa ini
disepanjang nafas masih sudi
memberi khidmat
untuk jasad bernadi ..

Akan ku pasti
lukisan sejarah yang dilalui
tersangkut menghiasi
kamar hati
dalam melayari
kerinduan yang datang
tika terkenang ..

Entah bila lagi ..
ada ruang waktu
bagi diri
datang kembali menjejaki
melihat langit di sini
serta melangkah kaki
ditanah ini ..

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Sesuatu Yang Tersembunyi

Apa sebenar tersorok dikalbumu
hingga tiada suara untukku
sering memencil hanya membisu
hambar senyumanmu
tak seindah dahulu
jika semalam kita bertemu
pasti bicaramu
mendahului daku
kata yang terbit darimu
tak serancak waktu lalu
membuat diri menjadi keliru
melihat dikau begitu
apa yang dikau mahu
aku pun tak tahu ..

Ke dalam diri
ku cuba mencari
sesuatu yang tersembunyi
di mana ada salah erti
pada gerak laku diri
sebelum ini
namun tak kutemui
mungkin kabur menghalangi
pada sudut pandangan sendiri
dalam mengenal pasti
kesilapan bagaikan duri
menusuk dihati ..

Padamu
ku bermadah dalam lagu
andai dirimu yang begitu
berpunca dariku
apa yang termampu
hanya maaf kuseru
serta keinginanku
terhadap dirimu
kembali seperti masa lalu ..

Read more...

Monday, September 21, 2009

Kenangan Syawal Diperantauan




Read more...

Saturday, September 19, 2009

Lebaran Di Hujung Perantauan

Gema takbir bersahutan
meruntun jiwa kesayuan
sepintas melambai kerinduan
pada halaman dikejauhan
tanpa sedar meragam
bebola penglihatan
digenangi takungan
dalam ku cuba bertahan
dari melimpah berlinangan

tapi terpaksa jua melepaskan
menitis berguguran
dalam sebak kesyahduan
bila kenangan lebaran silam
bermain ditabir ingatan ..

Ku biarkan begitu
untuk seketika waktu
bagi melepas apa yang terbuku
agar hilang derita itu
dari bersarang membatu
dalam rasa yang tak menentu ..

Lebaran kini
kusambut dihujung perantauan
mengudang tawa keriangan
setelah lama memendam
ingin bersorak diperkampungan
namun ..
jauh tersimpan diperasaan
ada tempias kepiluan
kerana terakhir dibumi gersang
yang tak mungkin berulang
dalam sambutan mendatang ..


Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Mengintip Lailatul Qadar

Kupanjat penghargaan
padamu tuhan
atas segala kurniaan
daya kekuatan
bersalut kudrat kesabaran
membaluti jiwa keimanan


dalam latihan
madrasah ramadhan
yang mampu bertahan
hingga hari-hari kesudahan
tanpa rebah dipertengahan

Ya tuhan ..
dalam penantian
ke hujung tirai pelabuhan
ku mengintip suatu malam
nan terbuka kerahmatan
dalam perkenan keampunan
dan mendengar keinginan
buat hati ketelusan
menadah penuh kerendahan

Ya Rabbi ..
tetapkan hatiku ini
dikalangan hambamu
yang berkesempatan
dalam bertemu dengan perjanjian
seperti termaktub dalam wahyu kalam
kelebihannya mengatasi seribu bulan
agar dapat ku bermunajat
dalam menyucikan diri
daripada kekotoran
setelah sekian lama
mencemar pada jiwa

Read more...

Monday, September 7, 2009

Disebalik Nuzul Quran

Bermula seruan kalimah
dengan ungkapan bacalah
pada tuhan menciptakan
makhluk insan
sekalian alam
jua mengajar manusia
dengan pena tulisan
apa yang tiada dipengetahuan


Turun cahaya dari tuhan
dengan wahyu kebenaran
pada junjungan kerasulan
sebagai permulaan
dalam misi gerakan
menyemai akidah kesucian
daripada gelap kejahilan

Terserlah kemuliaan
agama keagungan
dengan lengkap panduan
terselit antara helaian quran
menyuluh kebahagiaan
hidup berpanjangan
bagi jiwa teguh berpegangan

Ku berzikir pengharapan
moga sejarah penurunan
suatu perlembagaan
mentadbir susunan alam
memberi keinsafan
pada diri yang kerap kelalaian
agar terarah ke jalan
keredhaanmu tuhan ..

Read more...

Saturday, September 5, 2009

Kesempatan

waktu berjalan
meniti ketentuan
mara kehadapan
dalam kepatuhan
fitrah alam ..




aku memandang
kadang menoleh kebelakang
aku merenung
kadang merasai diperasaan
aku mendengar
kadang irama berlagu didalam
aku melangkah
kadang kaku diperhentian
aku bercerita
kadang sebak dikenangan
aku berbicara
kadang sayu dikerinduan

apa perlakuan ..
apa perbuatan ..
tika ini
aku masih berdiri
dalam waktu kini
hanya mencari
suatu kesempatan diri
bagi memenuhi
impian hati
pada memori
dimasa beredar pergi
indahnya ditatapi
pahitnya diteliti
moga kesempatan yang dijumpai
keindahan mampu diulangi
kepahitan tiada berkunjungan lagi
biar senyum berseri
menghibur hati
tanpa tangisan
duka kepiluan ..

Read more...

Thursday, September 3, 2009

Ke Mana Akhirnya

Hanya kerana memperhamba
telunjuk amarah muda
dalam nafsu membara
tergadai kasih yang terbina
antara keluarga
hingga retak jalinan saudara ..


Destinasi dunia
yang tiada hujungnya
sebati dengan noda
tak tenilai resam agama
bagaikan terbang diudara
bebas ke mana sahaja
tanpa halangan tiba
asalkan apa dirasa
memenuhi kehendak jiwa ..

Jika bergerimis duka
teman dicurah rasa
manis luahan bicara
memujuk hati kecewa
hilang pergi hiba lara
diri kembali tertawa
tanpa mahu direnung punca
mengapa terbitnya derita ..

Ke mana akhirnya
jalanan kehidupan maya
diumur remaja
yang tersadai dilembah hina
andai tak pulang semula
mengintai cahaya
pasti nasib merana
kerana waktu laluannya
seketika tiada selamanya
sekali hadir cuma
diperjalanan kehujung nyawa ..

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Semalam Yang Pergi Esok Menanti

Seketika daku dipinggir lamunan
menghilang kekusutan
dalam pelawaan ketenangan
terlintas membilang waktu
mengenang diusia lalu
membuat diri lumpuh lesu
kaku dan terpaku


Semalam yang pergi
melakar seribu memori
dalam lipatan diari
yang tak mungkin lagi
dituruti kembali
namun yang pasti
nostalgia kan berseri
dalam usia yang dilewati
untuk tatapan kemudian hari

Esok yang menanti
bersama terang mentari
mengharap langkah tak terhenti
ditapak yang berduri
dan biarlah merentasi
dalam lakaran mimpi
yang dicipta berkali
sebelum menghadapi
hari nan berganti

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Merisik Erti Kemerdekaan

Di mana hakikat kebebasan ..
Di mana sebenar kemerdekaan ..

yang cuba kumerisik berkenalan
untuk disandarkan
pada kehidupan
agar tercapai maksud kedamaian
yang sering didambakan


mengapa tak ku merasai
nikmat disebalik
sebuah kemerdekaan
walau telah bertahun
terusir dari penjajahan

kumengintai dalam kekeliruan
disebalik laungan dunia
memekik lantang
menjaja ungkapan kemerdekaan
namun
tak juga bertemu
apa yang ku impikan

entah bila
dapat kumelihat
erti kemerdekaan ini
andai zahir nampak kebebasan
tapi akal fikiran
rentak perjalanan
setia pada yang ditinggalkan

walaupun begitu
tetap berhasrat hati
suatu masa nanti
pengertian yang menjadi mimpi
berakhir dengan realiti ..

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ramadhan

Ku membisik syukur padamu
atas kurniaan nafasku
hingga kesaat ini
menemukan daku
sekali lagi dalam usia kini
dengan kehadiran tetamu
yang mencurah seribu keberkatan
pada umat sekalian alam


Bersambut kalimah ahlan
dipermulaan kedatangan
dengan lembayung kerahmatan
memayungi setiap insan
yang melayari
dalam kerendahan

Hati yang tersemai kesabaran
tanpa mencemuh kepenatan
terus subur kesetiaan
dalam detik-detik mendatang
nan kian bercambah imtihan
dengan hasrat pengharapan
moga beroleh keampunan
pada noda kealpaan

Saat semakin hampir
dengan lambaian perpisahan
terasa sayu untuk melepaskan
namun tak mungkin
mampu menghalang pemergian
tapi ia berjanji
pada jiwa yang menghantarnya
kepintu akhir pertemuan
dengan suatu jaminan
terlepas dari api menjulang
yang telah disediakan
untuk penghuni yang menyimpang
dari panduan

Padamu tuhan
kumengharap hadirya
bertamu seketika cuma
dapat mendidik diri ini
merentasi sisa perjalanan
dalam arah cahayamu
menuju kebahagiaan

Read more...

Friday, August 14, 2009

Peringatan DariNYA

Keluh keresahan ..
gusar kegelisahan ..
meniti dinaluri insan
kala saban hari kedengaran
mengganas penularan
wabak tanpa undangan
terus memburu kematian
tiada tanda bersusutan ..




Tangisan hati ..
berduka diri ..
mengiringi yang pergi
esok yang menanti
entah berapa lagi
jasad akan bersemadi
mungkin saudara sendiri
atau diri ini
yang menyusur dikemudian hari ..

Apa yang terjadi
usah ditunding jari
namun
bersama menginsafi
mungkin kelalaian diri
serta keegoan pada ilahi
yang tak pernah menyukuri
dan mengingati
segala kurniaan yang telah diberi
jua untuk menyedari
dari lena mimpi
supaya segera kembali
nan sekian lama
hanyut dalam alpa
tanpa menoleh pada yang Esa ..

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Seketika Dihujung Senja


Dihujung senja
kian tenggelam mentarinya
semakin suram sinarnya
menyinari alam maya
bertambah gelap gelita
menutup waktu terang bercahaya


Redup menyelubungi
langgit jingga mewarnai
menggamit memori
pada saban hari
yang meninggal pergi
menyuntik sayu dihati
kerana tak bersama lagi
untuk kembali

Dalam pandangan mata
jauh kehujung senja
sesekali berkedip pejam seketika
mengimbas dalam merasa
saat kenangan dahulukala
yang nyata
hanya mampu mengeluh dijiwa
kerana ia bersifat sementara
bila membuka mata
hilang apa yang dirasa
kadang kelopak mula berkaca
mengenang apa yang tiba
biarpun sepintas cuma

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Usia Kelahiranku

Hari ini
denyutan nadi
hembusan nafas jasmani
masih kuRASAI

Cahaya yang menerangi
mengusir kabus pagi
dalam dingin meresapi
masih kuNIKMATI



Langkah kaki
berderapan mengikut hati
menuju destinasi
dalam menyusuri hari
masih kuLALUI

Senja menghiasi
berakhir terbenam mentari
melabuh tirai malam menanti
dipentas alam ini
masih kuTEMPUHI

Segalanya
yang kuhadapi
dalam kesempatan ini
diusia kelahiran kini ..
pada ilahi
bertasbih puji
mengagung dalam zikri
anugerah sebegini
tadah mensyukuri ..

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Lisan Kesyukuran

Luntur sudah kegusaran
jua pening kegelisahan
yang dahulu sering menyerang
jiwa perasaan
lalu membiarkan
nafas ini tercungap kekeluhan
dilanda ombak kekalutan
tanpa melebar ruang
untuk hati bermesraan tenang
ditaman kebahagiaan ..



Lembut lisan
menutur lafaz kesyukuran
atas kurniaan tuhan
pada hasrat impian semalam
yang kerap bertadahan
tanpa waktu batasan
kini bertamu dalam kenyataan
merungkai segala persoalan
yang pernah berburuan
dipentas ingatan ..

PadaNYA
terharu dalam kerendahan
tunduk wajahku bersentuhan
pada datar bumi dipermukaan
buat diri membuktikan
junjungan penghargaan
nikmat yang masih diberikan
walau ada ketika
hati terpalit keingkaran
pada susur kehidupan
yang silam ..

Ya rabbi
rahmat belas ehsanmu
pada jiwaku
meletak daku
diperdu keampunanmu
setiap waktu berlalu ..

Read more...

Monday, August 3, 2009

Bila Pena Menari

bila pena mula menari
pada alam kuberintraksi
mencerita isi hati
meluah rahsia diri
bagi melepas rasa terpenjara
jauh disanubari

dengan tarian itu
pada kehidupan
kucuba mencari
untuk memahami
suka duka yang tersembunyi
pada lahirnya
tak tergambar sebenar erti


dihujung tarian pena
kumelakar coretan
pada halaman lembaran
berbahasa jiwa terpendam
sebagai medan lontaran
yang tak mampu bersuara
dalam ungkapan kata

bersama pena yang menari
kegundahan rasa nan bergolak
tenang aman kembali
menyejuk hati
kadang tercipta mimpi
hingga terleka
ianya sekadar dunia khayalan

Read more...

Saturday, August 1, 2009

Nasuha

Dalam kesamaran cahaya malam
dengan sunyi kedinginan
bernada sayu kesyahduan
memecah kesepian
tatkala melagu zikir keampunan
pada kelalaian silam
terhadap hukum tuhan ..



Dengan sendu beresakan
bersama air mata berguguran
gementar suara keinsafan
mengakui segala kesilapan
yang tercemar hanyir
melingkari fitrah iman ..

Bertutur keikhlasan
pada himpunan pengakuan
bersandar sebuah perjanjian
enggan kembali pulang
melalui jalan kelam ..

Dihujung penyesalan
terbina suatu pengharapan
memenuhi jiwa perasaan
ditepi pintu kesempatan
moga hati ditetapkan
dalam rendangan cahaya keredhaan
serta hidayah kerahmatan ..

Read more...

Saturday, July 25, 2009

Rintihan Pengembara Di Lorong Kelam

Tiada siapa yang meminta
diri menjadi pengembara
dilorong kelam penuh derita
tanpa cahaya kasih keluarga
terpinggir dari pandangan jelata
namun ..
apakah daya
hidup dibelenggu kesempitan
bersulam kejahilan
pada agama pegangan
akhir nafsu menjadi ikutan
terarah ke lembah kebinasaan


Adakala waktu
tersentak dari kelalaian
dengan apa yang dilalui
dan terdetik keinsafan
untuk kembali pulang
ke jalan yang terang
namun ..
tiada siapa yang sudi
menghulur simpati
memimpin jiwa naluri
hanya cerca bermakian
kehinaan yang ditelan

Walau menggunung bebanan
derapan diteruskan
meniti usia kepenghujung kehidupan
namun ..
hati tetap meraba
dalam kegelapan
mengintai sinar keampunan
sebelum terlena
dipembaringan yang berpanjangan

Read more...

Thursday, July 23, 2009

Perlukah

Cinta yang hadir
mengunjungi perasaan hati
pasti mendesak diri
untuk memiliki
apa yang diingini ..


segala cubaan yang melintangi
dan dugaan yang menghalangi
sanggup ditempuhi ..


apa kekurangan yang dikhabarkan
jua keburukan diberitakan
tak merubah hati
untuk terus menggapai
cita yang subur murni ..

andai ada perit terasa
pedih menahan luka
terkilan kecewa
singgah melawat tiba
tak diendah seketika
kerana anggapan ujian
dalam merisik insan
nan diimpikan ..

pepatah harapan
sering diungkapkan
pada rangkaian tulus doa berterusan
tanpa memberi ruang
pada jemu mencelah bertandang ..

Tetapi ..
perlukah berkorban
segala kerahan
bagi mencapai impian
pada insan yang ternoktah
episod cinta dijiwa
dan tak mahu lagi
kembali memahami
pengertiannya ..

perlukah setia
dalam risikan mencuba
kala begitu telah nyata
diawal terbitnya cinta
pada si dia ..

perlukah menyintai
hati yang tiada mahu dicintai
kelak suatu hari
pasti merana diri
kemungkinan benci menguasai
kerana cinta yang suci
tiada dihargai ..

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Hanya Bersendiri

Dunia yang didiami
tiada pernah dilanda sepi
kemana saja jiwa membawa pergi
siulan bunyi pasti berirama seni
mengusik dipendengaran ini
tanpa undangan menawar sudi
untuk menemani



Namun
tidak disana nanti
tak berteman sepi menyelubungi
yang pasti hanya bersendiri
berbekal amalan diri
yang dahulu telah dicari
semasa kaki masih berpijak dibumi

Alam yang menanti
menguji keimananan insani
siapa terleka memburu duniawi
hingga hanyut dibuai mimpi
tanpa terjaga kembali
pasti terseksa diri
dalam sesalan tiada guna lagi

Sementara nafas ini
masih bersama denyutan nadi
dititian usia yang berbaki
usah alpa menghisab diri
dalam madah menginsafi
pada laluan tercalar keji
sebelum jasad akan bersemadi
untuk selamanya tak kembali

Read more...

Sunday, July 19, 2009

Cahaya Dijalanan

Mengapakah mentari siang
yang menghiasi alam
redup bercahaya suram
melintasi gerbang kehidupan
kala membahang kegirangan
nan berhasrat berlabuh
dikaki langit senja
dalam acuan fitrah tuhan



Dahulu
sinar yang baru bercahaya dijalanan
menyuluh langkah setelah kegelapan
bersama gerimis kekecewaan
membasahi jiwa pengharapan
menuju kedestinasi kebahagiaan
terhenti pada halangan
tanpa tiada lagi pandangan
hanya kelam membukam

Saat kini
bila kian menerangi
hadir kemalapan
yang mengundang resah
membuat susunan perlahan
kadang singgah diperhentian
mencari penyelesaian
dalam sendiri mencipta kekalutan
agar perjalanan yang menanti
tiada lagi kabus kesamaran
berserabut dipenglihatan

Suram sinaran mentari
diselimuti awan mendung
kuharap tak berterusan
kehujung pelabuhan
dan bercahaya kembali
seperti terbit di awal pagi

Read more...

Friday, July 17, 2009

Kemelut Perasaan

tersempit dicelahan perasaan
yang tak menentu berkesudahan
pasang surut bergantian
pada suram keresahan
berbaur rimas kehangatan
lantas berdampingan
gelodak rasa bertumbukan
dalam sahutan berteriakan
dihujung jiwa kekeringan
makna kedamaian

kemana menyepi ketenangan
redup kebahagiaan
warna keindahan
yang dulu berteman
dilorong kehidupan
sebelum berkunjungan
serpihan kaca keharuan
hingga tiada lagi mimpi
menghiasi lena dijalanan

ku mengasah daya kekuatan
menyambut dengan kelapangan
mungkin ianya satu ujian
dalam nak menguji ketahanan
agar lebih mengenali
erti kejiwaan

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Sembilu Cinta

Seindah pada nama
secantik pada kata
dalam ungkapan kalimah cinta
nan sering bermesra
dalam perasaan jiwa
meniti pada naluri manusia


Keindahan bercinta
yang mempersona
diumpama dunia sementara
menjadi miliknya
layar kehidupan maya
bagaikan tiada berpenghujungnya
janji ikatan yang terbina
bersyair kata tetap selamanya

Manisnya dengan cinta
hingga lalai terleka
pada bisa sembilunya
yang parah terluka
membuat tangisan merana
dalam sendu kecewa

Cinta yang berduka
kadang sendirian berbicara
mencari salah berdusta
mengintai cemburu rasa
menoleh syak bersangka
pada dahulu pernah bersua
dalam akrab bersama

Andai ingin mencuba
dalam alam cinta
usah dilihat pada zahir sahaja
tanpa dipandang tersirat bisa
yang sembunyi berahsia
disebalik manisnya

Read more...

Monday, July 6, 2009

Maafkan Aku

biarpun seribu duka
telah kau lalui
pilu kecewa
sering menghiris hati
pada langkah diriku
yang diulik khayalan mimpi
dalam usia yang begini
keras membatu naluri
tanpa mengalah pada erti



namun
kau tiada meluah kata
membongkar perasaan jiwa
tiada sekali berpaling muka
dari berbicara
hanya senyum yang setia
menghiasi tawa
tenang bersahaja
bila berhadapan berada

kala bersendiri
kau terpaku mengenang
melepas jiwa terpendam
berkata dalam tangisan
dalam memujuk perasaan
agar hati tak terasa
jua berdendam
hanya kerana mahu memandang
diriku tak berkunjungan
rajuk yang berpanjangan

andai kau tahu
walaupun sekeras mana hatiku
ianya lembut dengan tangisanmu
setajam mana lisanku
ianya lemah dengan suaramu
selama mana rajukku
ianya kalah dengan kasihmu

namun
maafkan daku
kerana tak mampu
menzahir rasa sebegitu
pada baris ungkapan
tapi tak bererti
ku abai diingatan
biarlah ianya diluahkan
dalam baris nukilan
sebagai ganti
dan bukti kasihku
terhadapmu yang tak pernah
tercalit benci
walaupun sekali ..

Read more...

Thursday, July 2, 2009

Hangat Kerinduan

Kemana arah ku pergi
membawa hati
mengusung diri
bagi mengusir sunyi
menghilang sepi
namun
tiada padam membara rindu
yang membahang dijiwa ..



Kemana meluas pandangan
bagi mencari kedamaian
mengutip ketenangan
dalam langkah cubaan
melepas kegelisahan
yang melamar perasaan
namun
tak jua reda
hangat kerinduan
membarah didalaman ..

Dimana ku berdiri
bersua kata berteman
bagi melari dari bersedirian
tempat memburu kesepian
namun
menghimpit kerinduan
tanpa membiarku
memencil yang tiada keresahan ..

Dimana tempat lagi
untukku singgah berhenti
bagi mengelak diri
dari rindu bagaikan duri
sakit menusuk dihati ini ..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.