Maafkan Aku
biarpun seribu duka
telah kau lalui
pilu kecewa
sering menghiris hati
pada langkah diriku
yang diulik khayalan mimpi
dalam usia yang begini
keras membatu naluri
tanpa mengalah pada erti
namun
kau tiada meluah kata
membongkar perasaan jiwa
tiada sekali berpaling muka
dari berbicara
hanya senyum yang setia
menghiasi tawa
tenang bersahaja
bila berhadapan berada
kala bersendiri
kau terpaku mengenang
melepas jiwa terpendam
berkata dalam tangisan
dalam memujuk perasaan
agar hati tak terasa
jua berdendam
hanya kerana mahu memandang
diriku tak berkunjungan
rajuk yang berpanjangan
andai kau tahu
walaupun sekeras mana hatiku
ianya lembut dengan tangisanmu
setajam mana lisanku
ianya lemah dengan suaramu
selama mana rajukku
ianya kalah dengan kasihmu
namun
maafkan daku
kerana tak mampu
menzahir rasa sebegitu
pada baris ungkapan
tapi tak bererti
ku abai diingatan
biarlah ianya diluahkan
dalam baris nukilan
sebagai ganti
dan bukti kasihku
terhadapmu yang tak pernah
tercalit benci
walaupun sekali ..
4 comments:
biarpun seribu duka
hatinya pilu kecewa
tak pernah ia meluah rasa
apatah lagi membongkar rasa dijiwa
hanya kebisuan,
diualam dgn senyuman
dipamerkan sebagai lakonan
bg menutup segala kesedihan
dia
xminta didokong
mahu pon dikendong
jauh sekali didodoi
apatah lagi minta namanya diabadi
didalam sebuah puisi
yg seindah sinar pagi
apa yg diminta
hnyalah secabis masa
bg meneman dihari tua
yg semakin terasa
sayangnya kita
kasihnya kita
tiada yg tahu
apatah lagi siibu
zahirkan lah sayang itu
luahkan lah kasih mu itu
supaya siibu tahu
anaknya bukan sitengang
yg lupa pada kasih ibu yg satu
jgn kita pula turut membisu
terhadap rajuknya itu
esok lusa tak siapa yg tahu
hurmm...i allah..sejaht diri ini,namun xsampai kepada sitanggang,krn diri masih dapat menilai
erti ksih syg seorg ibu
sedih lak tetbe...hurm...
tabahnya seorang ibu
melayani kerenah anak-anak
dalam putaran waktu
dari kecil hingga dewasa
cekalnya hatimu ibu
meredah onak duri kehidupan
sentiasa diuji kesabaranmu
tapi ibu tetap akur
menjalankan tanggungjawabnya
walau hati sering dirobek..
dicarik..
kuatnya jiwamu ibu..
tidak sanggup lagi aku
menambah luka dihatimu ibu
namun aku binggung
harus bagaimana aku lakukan
agar dirimu sentiasa tersenyum bahagia
sungguh aku tidak tegar
melihat engkau terseksa
adikku
tidakkah kau kasihan pada ibu kita
janganlah nakal lagi
tamatkanlah permainanmu
engkau sudah cukup dewasa adikku
fikirkanlah masa depanmu
janganlah berkasar lagi dengan ibu
walau ego kelakianmu tinggi
tundukkanlah untuk ibumu
andai satu hari nanti
ibu pergi
sebelum sempat kau meminta ampun
sebelum sempat kita membahagiakannya bersama-sama
mahukah kau ianya terjadi
nauzubillah...
andai suatu hari nanti
aku dewasa
tabahkah aku melayari bahtera kehidupan
yang sememangnya
dipenuhi halangan
kuatkah aku hadapi semuanya
sungguh engkau insan istimewa ibu
kasihmu pada anak-anak
utuh walau hati sering terluka
Ya Allah tempatkanlah ibuku di dalam golongan yang Engkau janjikan nikmat untuk mereka Ya Allah..
begitu jua ayahku Ya Allah...
bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat sana..
ameen~
nice..mampu buat hati tersentuh...thnks qila
Post a Comment