Thursday, July 23, 2009

Perlukah

Cinta yang hadir
mengunjungi perasaan hati
pasti mendesak diri
untuk memiliki
apa yang diingini ..


segala cubaan yang melintangi
dan dugaan yang menghalangi
sanggup ditempuhi ..


apa kekurangan yang dikhabarkan
jua keburukan diberitakan
tak merubah hati
untuk terus menggapai
cita yang subur murni ..

andai ada perit terasa
pedih menahan luka
terkilan kecewa
singgah melawat tiba
tak diendah seketika
kerana anggapan ujian
dalam merisik insan
nan diimpikan ..

pepatah harapan
sering diungkapkan
pada rangkaian tulus doa berterusan
tanpa memberi ruang
pada jemu mencelah bertandang ..

Tetapi ..
perlukah berkorban
segala kerahan
bagi mencapai impian
pada insan yang ternoktah
episod cinta dijiwa
dan tak mahu lagi
kembali memahami
pengertiannya ..

perlukah setia
dalam risikan mencuba
kala begitu telah nyata
diawal terbitnya cinta
pada si dia ..

perlukah menyintai
hati yang tiada mahu dicintai
kelak suatu hari
pasti merana diri
kemungkinan benci menguasai
kerana cinta yang suci
tiada dihargai ..

5 comments:

insani81 July 23, 2009 at 6:41 AM  

ehem2..sjk akhir2 nh bnyk jgak post psl ati n prsaan ek..erm, nk komen sket..da confirm ke gurl 2 tolak..klu x confirm jgn jump into conclusion k..wt la solat istikharah..lg stu x salah kn nk doakn kebaikn tuk sumbody even dye x kn jd milik kte..so ape slhnye..truskn b'doa..

.:: Fiqhi ::. July 23, 2009 at 11:16 AM  

huhu... jgn salah sangka erk..mungkin awk hnya xsampai lagi apa yg sy maksudkan..

insani81 July 23, 2009 at 5:50 PM  

mungkin jgak la...sbb sye x tau cite sbnr kn..so soori klu men redah je bg komen..

.:: Fiqhi ::. July 23, 2009 at 7:27 PM  

hurmm...no hal..tp mcm tuh a..apa yg awk sangka tak kena dgn apa yg sy maksudkan

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.