Mathurat : benteng yang tercicir
Kita sering diburu resah jua gelisah dalam kehidupan dek kerana tekanan persekitaran yang dilalui,hinggakan kita melangkah dalam arahan nafsu yang bermukim dihati.Namun keadaan juga dipersalahkan.
Akan tetapi mengapa kita tidak melihat pada keresahan yang bertamu sebagai kealpaan kita terhadap hak jiwa yang patut kita penuhi sedangkan pada hak itu terletaknya kekuatan,kenyakinan dan pertahanan diri dari pancaran ujian seharian.
Jangan biarkan lirik mathurat pudar diingatan,suburkannya diwaktu mentari kian kelihatan dan dikala senja mahu berlabuh.Moga dengan nyanyian zikirnya mampu menyemai benteng kekuatan dalam hati kita insyaallah.
Nabi pernah bersabda:
" sesiapa yang membaca auzubillah hi minas sami`u alim mi mina syaitanirajim,maka dilindungi daripada syaitan hingga petang"-Riwayat dari Anas r.a
"sesiapa yang membaca pada pagi dan petang hasbiallah..(7x)nescaya Allah mengurus segala kerusingannya tentang urusan dunia jua akhirat"-Riwayat Abu Darda`
"sesiapa yang membaca qulid ullah...(isra` 110-111)maka hatinya tak mati pada siang dan malamnya"-Riwayat Abu Musa Asyaari
Sebenarnya inilah benteng kekuatan kita yang sering kita terlepas pandang.Sama-samalah kita muhasabah diri.
0 comments:
Post a Comment