Inilah Duniaku
Dari fajar yang mula terbit
penglihatanku meluas pada semesta
ada kala waktunya
renunganku mencari destinasi tersembunyi
disebalik apa yang kulihat
untuk menggapai ketenangan
buat hati kadang dilanda suram
Di situ
alam khayalan tercipta
bersama warna keindahan
pada kehidupan yang bakal kulalui
dengan bisikan pengharapan
agar ianya menjadi realiti
suatu hari nanti..
Di situ jua
saat ketikanya
menyapa memori yang berlalu
hingga perasaan menjadi sayu
dinoktah nostalgia luka
kadang berselang senyuman hambar
bila terhenti lamunan
dihalaman keriangan semalam..
Dengan pandangan
kusasar penglihatan
mengikuti rentak perjalanan
setiap insan yang melewati
kusimpul dalam diari hati
perlukah aku menjejaki..
Dengan pendengaran
ku menyambut irama
menyentuh jiwa bernaluri
kerana padanya
membawa aku rebah dari berdiri
bila nyata diriku sebenarnya begitu..
Bersambut syukur
atas kurniaan yang begini
disebalik pandangan yang kulihat
disebalik pendengaran yang kutangkap
ku dapat memahami erti jalanan ini..
Dan inilah duniaku
0 comments:
Post a Comment