Tuesday, April 13, 2010

Andai Di Sini

Dijendela sepi
ku menatap laluan kini
terasa lengkap sederhana
apa terlintas beringinan
dapat ku gapai
tanpa resah kerisauan

Andai mungkin terjadi
hasrat dahulu dalam mimpi
bertukar pasti
jiwa ku disemai keliru
antara hidup kini
dan corak berwarna seri
membuat hati berbelah bagi
untuk menerus mendiami
kehidupan yang telah ku rasai
atau memilih pergi
menjamah erti seri

Jika takdir
berkata ku di sini
telah lama ku semai keredhaan
takkan ku sesalkan
pilihan yang menjadi milikku
kerana hikmah tuhan
suatu yang aku cuba rasakan

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.