Sunday, October 24, 2010

Malam

Melihat pada malam
hanya gelap dihadapan
terhalang pandangan
kaku langkah berjalan
akhir diri membatu dalam kelam ...

Dalam kelam
ku cuba mencari
sesuatu yang tersimpan sepi
jauh disudut naluri
apa kehendak diri
di dunia ini ...

Segalanya telah kurasai
semuanya telah kulalui
keperluan hidup mencukupi
bagi diri menghadapi hari-hari ...

Apa lagi
hatiku mahu
untuk terus mencari
sedangkan kelengkapan duniawi
telah pun kunikmati ...

Kadang dugaan datang menguji
melihat teman mewah berdikari
dan aku masih di sini
perlukah berdiri atau melangkah pergi
menggapai sama apa yang diimpi ...

Bertafakur mengkaji
antara persimpangan tercetus dihati
akhir tetap jua ku gagahi
haluan hidupku ini
terbaik buat diri ...

Tuhan
kau hadirkan malam
nikmatmu fitrah alam
kau campakkan padaku ilham
hingga saat ini ku bertahan
selamanya ku tetap melagu permintaan
untuk setia dalam perjuangan
atas namamu tuhan ...

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.