Tuesday, May 26, 2009

Jika Ku Ingin

Pada laluan kini
memencil bersendiri
bukan bererti daku lari
untuk terus mencari
jua tak bersalut benci
setiap teman yang sudi
namun
sekadar diam menyepi
bagi mengaut tenang dihati
mengenali diri
sebelum melayari
bahtera ikatan sejati

Jika bersuara impian
dalam milik yang berpanjangan
tak menoleh pada kekurangan
dan lengkap kesempurnaan
biarlah
telus menjiwai perasaan
ikhlas bersandaran
dalam rumpun kejujuran
menyemai kesuburan
erti sebuah perhubungan

Bila menoreh luka
menusuk dijiwa
tiada bermahuan dusta
dalam baris kata
tiada sakit terasa
biarlah
bersambutan mesra
pada kalimah nyata
kemaafan saling meminta

Sebegini yang kudamba
baru ternilai apa yang dirasa
mungkin tak berkunjung senja
pada hasrat ikatan terbina






1 comments:

jasjamal May 27, 2009 at 1:12 PM  

keinginan, kemahuan
tak semua berkesudahan
seperti apa yg didambakan
jika ia melibatkan suatu hubungan
disini lah hadirnya pemahaman, pengertian
yg tiada kesudahan
ini yang jarang diberikan
kerana ia menuntut kesabaran
tetapi jika ada keikhlasan
serta kejujuran dlam perhubungan
diulamkan dengan kemaafan
tampa melibatakan perasaan
kebencian, dan keegoaan
mungkinkah mampu hubangn ini berpanjangan??
seperti yg diharapkan??

maaf diri ini terlalu keanak2kan
untuk membincangkan isu hubungan..

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.