Sendirian
Sendirian dalam waktu
bersama sunyi menjadi tamu
tiada kata hanya membisu
pada saat datang berlalu
kian hari membarah sendu
dalam jiwa rasa bercelaru
bagai hidup tiada menentu ..
Sendirian dalam lamunan
melihat diri sedemikian
hasrat mencuba dalam kesamaran
mengintai sinar ketenangan
bagi menyuluh dijalanan
agar tiada terpijak duri kedukaan ..
Sendirian dalam pencarian
merungkai persoalan
meniti jawapan
untuk melerai segala kekusutan
hanya satu penyelesaian
dalam genggaman
dihujung kerahan
kerana disitu ada kebaikan
buat diriku sebaiknya bersendirian ..
bersama sunyi menjadi tamu
tiada kata hanya membisu
pada saat datang berlalu
kian hari membarah sendu
dalam jiwa rasa bercelaru
bagai hidup tiada menentu ..
Sendirian dalam lamunan
melihat diri sedemikian
hasrat mencuba dalam kesamaran
mengintai sinar ketenangan
bagi menyuluh dijalanan
agar tiada terpijak duri kedukaan ..
Sendirian dalam pencarian
merungkai persoalan
meniti jawapan
untuk melerai segala kekusutan
hanya satu penyelesaian
dalam genggaman
dihujung kerahan
kerana disitu ada kebaikan
buat diriku sebaiknya bersendirian ..
2 comments:
bg merongkai persoalan
bagi mencari jawapan
bg melerai segala kekusutan
hny ada satu penyelesaian
perbincangan bersama teman
jgnlah anda bersendirian
sesunguhnya bersendirian menyesatkan
salam perkenalan=D
bila dlm persoalan
bila mencari jawapan
bila dlm kekusutan
bila mencari penyelesaian
saat itulah dtgnya syaitan
yg akan melalaikan
hanya dengan kekuatan iman
mampu mengenepikan
segala hasutan
tidak semua ada kekuatan iman
itu yg merisaukan..
bila memerlukan teman
mereka hilang bgai ditelan
bila memerlukan pemahaman
mereka pekak bagaikan
hilang deria pendengaran
bila memerlukan pandangan
mereka berdiam bagaikan
hilang cara percakapan
itulah teman yg penuh kepalsuan
kenalilah teman
carilah teman
sesungguhnya sunyi tnpa insan
bernama teman
Post a Comment