Dilema
samar pada perasaan
kabur dijalanan
keliru dalam tindakan
berakhir kebuntuan
dalam meraba kepastian
yang tiada daya kugenggam
hingga longlai kebisuan
dalam arus dilema berpanjangan
kubiar berlalu
dibawa arus begitu
kerana apa yang aku tahu
ia tetap pergi
dan sesuatu yang menanti
ku harap langkah kini
tak berduka dikemudian hari
diri yang begini
ku memapah berjalan
menyusuri terus kehadapan
dalam meniti detik berkunjungan
tanpa menghirau kepenatan
yang bercengkaman
cukuplah kesabaran
sahaja yang mengulik jiwa ini
merentasi duri sebegini
0 comments:
Post a Comment