Saturday, June 6, 2009

Syahadah Tak Terungkap

ku dengar tangisan
bersendu esakan
meratap kesedihan
namun
gelap pandangan
tiada dapat memandang
wajah yang berteriakan..



ku dengar irama wahyu
gema bersyahdu sayu
mengelilingi daku
namun
tak memahami
disebalik erti ini
ingin ketahui
mengapa begini
tapi lemah membius diri..

ku dengar syahadah berbisikan
dalam berombak nafas kencang
kadang tenggelam
dalam kekalutan
namun
kelu perkataan
untuk menuruti ungkapan
yang kabur dipendengaran..

ku bertarung dalam kesempitan
mencari dalam kesamaran
dan ternyata difikiran
bahawa ku diambang menyahut panggilan
namun
tiada lagi kesempatan
untuk meraih keampunan tuhan
hanya terdetik kekesalan
dalam syahadah yang tiada berungkapan
diawal pertemuan
pengabadian alam
kesan kealpaan silam
pada kehidupan semalam..

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.